woohah!!i'm back..seronok aku bercuti dari hari jumaat hingga hari ahad,dari melaka ke seremban ke kl ke perak & seterusnya ke penang.memang agak sakit - sakit badan until now gara - gara banyak bergerak.haha.jarang aku nak ber"independent" pergi lain - lain negeri.selalunya dengan family aje..ye,diakui aku anak manja walaupun anak sulung.teet!!sejam sekali family aku asyik call aku tanya sampai mane,mane & mane.hahaha.punyer lah diorang risau.ok,kali nie entry panjang berjela - jela dan juga like karangan sekolah rendah yang bertajuk "Bercuti bersama kawan - kawan dan keluarga".
jumaat,pukul 7 pagi.
aku naik taxi dari mmu ke melaka sentral.kalo nak arapkan bus hang tuah.huh,alamat terlepas bus ke seremban nanti.thanks uncle krishnan(taxi) menunggu aku bersiap.hoho..xde uncle sure aku terlepas bus.tepat pukul 8 pagi bus aku sudah menuju ke seremban.tepat pukul 9.30 pagi aku sudah sampai terminal 2.first time aku pijak terminal 2 nie..selalunyer kalo aku naik bus dari penang ke melaka bus aku turunkan penumpang - penumpang dari seremban je di situ.kali nie,aku pulak yang turun di terminal 2.di situ aku tunggu "peneman" aku..saje aku nak pembuka kata ayat peneman..saje nak bagi vogue kat peneman aku nie.haha.suka hati r,dah aku yang wat karangan hancuss nie.huhu. ok, dalam pukul 11 pagi kitorang ke ktm seremban ke kl sentral.lebih kurang sejam kitorang sampai ke kl sentral.
dengan bergalaskan beg laptopku & sling beg terus kitorang naik train monorail ke bb.berjalan sana sini hingga perut dah bergendang lagu nirvana terus kitorang attack yang mana yang nampak.fastfood.oh kfc.sudah lama x makan di kfc.selalunya mcd sahaja..hohoho.x kisah lah makan kat mana asalkan makan.after makan kitorang round - round dan bercuci mata di bb.terserempak pulak dengan member sekolah rendah semasa "cucuk" duit.eh kau, x sangka kau kenal aku.aku cuma cam muka kau je tapi x ingat nama kau..haha..dunia nie kecil sahaja.sedar x sedar sudah pun pukul 5 petang.so terus bergegas ke kl sentral balik.
di kl sentral aku terus beli tiket ke tanjung malim. sampai ke rawang aku berpisah ngan peneman aku.thanks r,dari seremban ke rawang temankan dan yang penting belanja makan.hahaha.so dia terus ambik train ke seremban dan aku pulak train ke tanjung malim.walaweh,mengantuk x terkata masa tuh.sampai je di tanjung malim tepat pukul 8 malam.maksu aku sudah tunggu aku di stesen. sampai je di rumah maksu,terus maksu aku kenalkan member - member dia..diorang nie sumer student UPSI dan bakal - bakal cikgu. malam tu aku tengok masing - masing mentelaah study..maklumlah esok tu diorang exam.cian maksu aku,sambil study sambil layan aku..malam tu aku tido keletihan.cian maksu aku juga sebab aku guna sepenuh katil dia.haha.x pasal - pasal die kena tido ruang yang sempit.
sabtu,pukul 9 pagi.
pagi,member bawa aku round - round satu tanjung malim nie..eh x satu tanjung malim pun.,da juga tempat x g lagi.kedai PAU.waaa..xdapat lagi pau tanjung malim!ok,dia bawa aku g ke kubur cina dan proton city.haha..satu - satunya tour guides yang bawa aku lawat ke kubur cina.ntahpape. after maksu aku abes exam kitorang terus ke stesen bus dengan prebet sapu.like taxi r.xtau nape orang - orang tanjung malim nie panggil prebet sapu. bus ke ipoh bertolak pukul 12 tengahari.sambil - sambil tunggu bus,sambil makan kuih masalodeh di situ.sedap gila uolls!x dapat kuih pau dapat kuih masalodeh pun jadilah.tapi seriously sedap gila.x sama macam makcik - makcik lain yang jual.so orang - orang kampung attacklah stesen bus tanjung malim untuk dapatkan masalodeh yang paling sheeedaq.
tepat pukul 2 petang kitorang sampai ke medan gopeng at ipoh. di situ kitorang nak beli tiket ke taiping. rupa - rupanya die medan gopeng xde tiket ke ipoh.kitorang kena ke medan kidd.kali nie terpaksa lah aku dan maksu aku ber"independent" mendapatkan bus town ke medan kidd.sumpah comel gila oh bus tu.mini bus yang pada pendapat aku bus sebelum merdeka.aku naik kerusi - kerusi sumer x macam bus - bus moden.paling utama kipas antik dalam bus tu.kita x akan jumpa kipas antik macam tu pada zaman sekarang.masuk ke pekan ipoh.dah lama aku x pergi ke pekan ipoh.still lagi terasa berada dalam zaman dulu kala.sampai ke medan kidd kitorang dapatkan tiket taiping.di situ juga tempatnya amat aneh.macam dahulu kala juga.kitorang jadi jakun kejap.
tepat pukul 3 petang bus ke taiping dah pun sampai.eh kau,bus nie pun antik jugak.kitorang naik bus express versi dahulu kala oh.kitorang jadi x selesa juga tapi disebabkan family sudah tunggu di taiping so kitorang redah je lah. masa di taiping,kitorang sekali lagi jadi x tau pape.mane xnyer rupa - rupanya di taiping ada 2 hentian bus.taiping and kamunting.call mak..
me : hello mak,mak kat mana?
mak : kat taiping.
me : taiping celah mana?
mak : kat masjid taiping.nak solat asar.
me : masjid taiping tu kat mana?
mak : kat pekan taiping.
sambil - sambil tu aku jenguk kat luar tingkap bus.eh,banyak gila masjid..sumer nak nama masjid taiping juga.
me : mak tau x.dalam pekan taiping nie ada banyak masjid.sume nama nak nama masjid taiping.izzani ngn maksu x tau pape nie.
mak : hehe(ketawa kecil).dah - dah.hampa dua p tunggu kat stesen kamunting.jangan turun kt hentian taiping.dok diam - diam kat sana.
hohoho..cuak kitorang masa tu tau.so sampai je stesen kamunting kitorang pun duduklah diam - diam sampai family aku sampai.masuk je dalam kereta..
me : mak ada makanan x?
nenek : ada - ada.nie ha roti sardin.
me : lapaq.
maksu : bak sini.maksu nak gak.
me : lapaq sangat - sangat nie.nak makan lagi,nak makan lagi.
ayah : ada restoran ke tepi nie.kita singgah beli makanan dulu lah.
mak : nak bungkus makan kat apartment atau nak makan sini?
me : (sambil buka pintu kereta)..nak makan sini.x tahan,x tahan,x tahan.
hahaha.memang aku kelaparan masa tuh.makan jangan citer lah.macam mahu pergi berperang sahaja. sesudah makan kitorang terus bergerak ke bukit merah.malam tu sekali lagi tido keletihan.
ahad,pukul 9.30 pagi.
bersiap - siap mahu pergi ke waterpark mao mandi.1st sekali of cos attack belon besar sambil melompat - lompat di atas belon tersebut.lantaklah orang nak kata ape kat aku masa tuh.ade aku kesah?wat pe nak malu - malu kan,kan,kan..main gelongsor sana,sini pastu dalam pukul 12.30 tengahari terus salin baju balik ke penang.kali nie aku kena pakai baju kurung sebab terus pergi ke kenduri.mujurlah mak aku bawa siap - siap baju kurung dari penang.nak harapkan aku?hahaha.asyik terlupa je.dalam pukul 3 petang kitorang pun pergilah ke kenduri melahap makanan yang ada.
seriously walaupun aku nie selalu pergi bercuti dengan familyku,kali nie amat bermakna sangat - sangat sebab aku banyak guna pengangkutan awam.hehe.
*suka hati r entry aku nak berjela - jela kan,kan,kan...dah ini blog aku kannnnn