21 Feb 2011

home sweet home

now aku ade di penang!!ho yeah!cuti sem nak luangkan masa dengan family sahaja sebab aku cuti 2 minggu sahaja.ceik!

15 Feb 2011

ntah la pumpkin


aku sudah letih baca buku,ingat cases,sections,acts,conventions,treaties itu lah ini lah.What da fish!!!

huh!


cepatlah masa ooit!aku sudah jeles teramat - amat jeles tengok budak - budak enginn lempar paper exam diorang after keluar dari exam hall and said "hooray!!finally oh,let's rock bebeh!!!!"

fine r!action lebih r kau.damn!aku tau r kali nie bdk law lambat abes dowh!benci.x kuasa aku nak tengok kegembiraan korang.blah r.





rindu zaman dulu

12 Feb 2011

contest senyum paling ceria





i had been invited from cik namee to join this contest and syarat - syaratnya ialah :

1. Follow blog namee ini untuk sentiasa update dengan perkembangan contest ini.

-done-

2. Buat satu entry yang bertajuk Contest Senyum Paling Ceria
-done-


3.Kemudian letak lah banner contest ni kat sidebar sekali .


-done-

4.Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terus ke entry contest ini.

-done-

5. Muat naik gambar dan ceritakan mengapa anda gembira di dalam gambar tersebut.heheh..Ala simple simple je :)contoh: Saya gembira kerana baru lepas makan. :D



so,pic yang saya pertaruhkan ialah :





hohoho.

and mengapa saya gembira kerana saya tidak mabuk laut.

actually pic nie semasa menunggu speed boat yang betul - betul watkan ramai orang mabuk laut.tapi saya x mabuk laut,saya lagi suka ada r..haha.


6.
Dan jangan lupa letakkan link anda di ruangan comment :)

-done-

7.Akhir sekali, tag 3 orang rakan blogger anda and make sure mereka tahu yeah ;)

TARIKH TUTUP : 31 MAC 2011 (Thursday)

hari ini hari sabtu

dalam keadaan sibuk dengan final exam sempat aku temankan akak jaja pergi kenduri kawin sepupu dia di durian tunggal petang tadi.turut sama ialah kak anis.actually diorang nie senior law aku dan juga housemate aku.diorang sangat - sangat hyper ok at rumah.kalau xde diorang at rumah, memang sunyi sangat - sangat tambah plak diorang nie juga suka sakat aku tau.

ok,abaikan muka - muka kitorang yang stress and tired.al - maklum lah exam week.

ape - apepun thanks kak jaja bawa izzani pergi makan free.:D

4 Feb 2011

a little piece of heaven

entry kali nie aku nak sebut pasal exam.
SHIT!

wajiblah tension and stress!
now aku ada 2 paper lagi.yeah,dimulai dengan paper EQUITY AND TRUST II,COMPUTER AND INFORMATION TECHNOLOGY LAW II,PUBLIC AND PRIVATE INTERNATIONAL LAW II,and lastly MALAYSIAN LEGAL SYSTEMS II..walaupun this sem aku ambik 4 subject tapi keempat - empat paper nie sangat - sangatlah killer.keempat - empat paper ini memang membunuh minda - minda aku.lagipun lecturers law memang strict.aku ase guru besar or pengetua xdelah strict macam lecturer aku.sekarang memang aku sangat - sangat menggelisah,mengigau,sawan dan sewaktu dengannya.aku cuma banyakkan berdoa dan usaha lebih keras lagi sebab aku ada 2 paper lagi,pastu rocking yaww!!

so
nak hilangkan kegelisahan,kegigauan,kesawanan ini adalah dengan MAKANAN.wow,jangan sebut r pasal makanan.dalam satu minggu nie aku telah menghabiskan duit mak bapak aku dengan hanya MAKANAN.mujur mak aku faham
cara aku study mesti kena ada makanan..haha..kalau xde makanan,otak aku x jalan,so input pun x masuk.at least depan mata aku ada mentos and air kosong jalanlah otak aku..kenapa? x percaya ke?tengok r nie :

pic nie last sem tapi see r.. mesti kena ada mentos tau.at least dapat mengunyah sambil mengingat cases.ini kalau di library.memang rules at library x boleh bawa makanan or minuman tapi pandai - pandai r sorok.hoho.

kalau study di rumah lagi mencabar beb.dalam seminggu nie aku banyak makan fast food.ada orang pernah bagitau kat aku kalau nak dekat exam nie jaga bab makanan.banyakkan makan ikan dan jangan makan fast food.tapi aku dan juga housemates aku x pernah nak jaga bab makanan nie.malas masak,"weyh,jom order MCD.sape mao?"fine.godaan.abang MCD bunyi hon je terus senyum sampai ke telinga sebab dapat set prosperity ayam.kalau boleh nak double layer.x ke tamak haloba gituh?malas sangat nak order MCD makanan paling best adalah masak maggi.hok aloh,itu favorite tuh..kalau bole nak bagi rambut botak macam HARITH ISKANDAR gituh.kan senang,xde lah rambut luruh lagi and x payah sikat rambut dah.
ok,dah jimat di situ.


kalau makan kat kedai pulak,dulu pesan 1 pinggan je tapi sekarang nak bertambah - tambah.macam mana duit x abes kan.makan kalau boleh nak satu periuk besar je.mentekedarah nak mampus!aku x tau lah kenapa kalau study mesti cepat lapar and minda pulak janganlah cerita,sangat - sangat letih and sangat - sangat lalok.cakap dengan semua orang pun macam dalam mimpi je.

aku sudah letih dengan semua ini.exam buat aku sawan,mengigau,migrain.balik penang nanti of course badan akan gemok lagi!wahaha..suka,suka, dan suka.kalau mak aku tanya apsal berisi aku nak jawab "izzani bahagia dengan exam!" :)

picture nie hari ahad lepas,tunggu bus nak g melaka sentral.time nie memang cuak yang teramat sebab aku ada 2 hari lagi nak jawab first paper (equity & trust II).sebelum nie kalo tunggu bus aku selalu cuci mata tapi kali nie aku cuci mata aku ngan paper.haha.nerd itu bukan pada aku k.oh yeah aku KIDAL.sape kat sini kidal?angkat tangan kiri cepat!!!

kawan - kawan,doakan aku dapat jawab exam yeah!


*2 paper lagi then super rocking.

1 Feb 2011

egypt revolution 2011





ini baru suasana di egypt bukan lagi di malaysia."mengigau" aku tengok video nie.aku imagine kalau di malaysia tiba - tiba suasana berlaku seperti ini??persoalan yang bermain di benak fikiranku,adakah kita sudah bersedia kalau terjadi di negara kita sendiri?

"Allah akan bantu orang yang taat pada perintahNYA"

see..cuba korang tengok video nie,even polis curah air kat diorang,diorang still lagi solat and tidak putus asa menyeberang.aku tengah imagine kalau tiba - tiba ada rusuhan seperti ini let say la kan,if kat penang bridge or mane - mane je lah yang ade di Malaysia nie....apa akan jadi pada kita??adakah situasinya sama seperti ini or sebaliknya??*high imagination.

ya Allah,jauhkanlah ancaman - ancaman ini di negaraku Malaysia ini.

after maghrib tadi aku call mak aku,mak aku risaukan sangat kesihatan aku yang tidak menentu ini tapi perbualan aku dan mak aku banyak kepada hal egypt.haha.mak aku "terpaksa" melayan karenah aku yang berceloteh tentang undang - undang antarabangsa apabila berlaku kejadian seperti yang berada di egypt sekarang ini.dalam rancak berceloteh tiba - tiba mak aku mencelah "tanda dah banyak sangat nampak.kiamat makin hampir.xlama dah".tergamam aku.and mak aku juga tiba - tiba tanya aku balik, "bukan fathiyah najib ada di mansoura ke?"ya Allah,aku terlupa kawan baik aku sendiri berada di sana.aku harap sangat hang selamat di sana,tia.

tia,aku doakan hang,kawan - kawan kita yang lain dan all student malaysia di sana dalam keadaan selamat.miss u tia!maaf,raya aritu x sempat jumpa.aku balik melaka awal sebab nak dekat final exam time tuh.aku harap sangat hang dapat balik Malaysia.semoga selamat semuanya.

credit to :
krisis mesir,nasib rakyat kita
selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir

kalau baca kedua - dua website kita akan tahu betapa sukar pelajar dan rakyat Malaysia di sana nak kena hadapi semua ini,dan betapa ramai family dan rakan - rakan di sini risau akan keselamatan diorang di sana.dalam situasi begini pada pendapat aku x perlulah nak menuding jari, mencari or membangkitkan isu - isu berbau politik or what so ever,yang penting sekarang banyakkan berdoa keselamatan diorang di sana.memang sukar nak keluarkan semua rakyat kita di sana yang beranggaran lebih daripada 11 ribu orang keluar dari benua egypt tu.so,kita di sini banyakkan berdoa semoga semuanya selamat.