21 Dec 2011

love is a laserquest

kalau sape - sape masuk bilik aku mesti terpandang satu patung nie and tanya sape bagi kat aku then mesti gelak guling - guling.nak tau patung ape?





member :sape bagi kat ko shin chan nie?

aku : sape lagi 'kedean cobain'.

member:hahahahahaha.ko tak tanya dia nape dia bagi kat ko shin chan nie?

aku :sebab dia kata kalo nak ase nak marah dia or stress pape tengok r shin chan tu pastu wat mata and mulut macam shin chan nie and cakap action kameeeeen,bibibibibibibibibi. 0___________0.

member:hahahahaha.lagi satu,ko jangan marah aku,aku nak bagitau nie,jujur nie,aku tengok muka dia nie dah macam ko tau tak sebab tu dia bagi kat ko.

aku :kuang asam ko!keluar!!!

member:hahahahahahahaha(guling - guling macam shin chan sudah)



keji r korang.T_T

itu baru satu benda.


ade satu lagi.'kedean cobain' penah bagi kat aku satu kad kecik.time aku tengok tu oh my......,so sweeeeeeeeeeeet.pastu aku pun buka la kad kecik tu nak baca ape isi dalam kad tu.pastu hujung - hujung kad tu dia lukis nie :





gomok : apsal lukis gemuk.gomok x gemuk la.

kedean : sedarlah,gomok tetap gemuk.

gomok:mane ade.orang kurus lah.

kedean:eleh kurus la konon,abes tu yang melantak tak ingat dunia tu ape?kata nak diet,tapi cakap je tengok pastu kalo keluar je ha ambik! makan x ingat dah diet.

gomok:mane ade,pas makan perut kempis balik sebab g berak.

kedean:tak de maknanya.sebulan,2 bulan jumpa nampak kembang lagi ade la.

gomok:ok fine,nak diet pasnie!

kedean:jom mcd:P

gomok:dieeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttt!

kedean:hahahaha.gomok tak jeles ke tengok pinggang kedean nie,ramping je.semua perempuan jeles dengan kedean sebab pinggang kedean ramping tau tak.

gomok:fine!

kedean:hahahahaha.

gomok:tau tak mak cakap kalau kita sebut tiap - tiap hari word tu means doa tau tak.x baik tau kedean panggil gomok.

kedean: abes tu yang dia panggil kedean tu nape?bukan dia pun sama juga ke doa panggil ,kedean,taulah kedean nie ramping.hehehe.

gomok:eh nak juga dia menang!

kedean:mengaku je lah cik lawyer.anda kalah dan anda tetap gomok!gomok!gomok!hahahaha.

gomok:...............................................



gomok-aku

kedean-kedean cobain



actually kitorang memang panggil kedean-gomok so kalau dalam facebook sape - sape tengok ade orang panggil gomok x kira mana - mana tempat di wall or picture dengan nada suka hati je tu dia la tuh.


conclusion : semakin hari badan aku semakin bertambah lemak - lemak tak kira di mana - mana tempat.sila diet izzani.kang nanti x pasal dia tukar panggilan panggil gomok dengan panggilan ikan paus.mao aku tak kejar dia pasnie dengan selipar jamban.





to kedean:sorry la x pandai nak jiwang.lagipun dah kamu dapat awek jenis sengal labu - labu macam nie kan sebab tu kamu pun sengal labi - labi jugak.btw,lagu nie je mampu nak bagitau macam mane isi hati :P.

19 Dec 2011

D is for Delicious December


secret recipe




seoul garden





sesi tonyoh menonyoh kek sampai ke muka.btw happy birthday to uyah and kak jaja!sorilah siang hari tu saja wat korang risau sebab nak bagi surprise kat korang malam tu.hehe.



second time,tutti frutti after class company law II,today.



conclusion : bulan 12 bulan menternak lemak.

11 Dec 2011

kurt cobain


hari ini aku banyak menghabiskan masa dengan menonton dokumentari - dokumentari berkenaan kurt cobain.kau mampu nak menonton dokumentari sebegitu banyak dalam satu hari ??gigih tau.haha.memang tak mengantuk sebab aku minat jugak la dengan grunge,punk rock nie.tapi taklah sampai terikut - ikut nak koyak seluar bagai.silap - silap kena kejar dengan penyapu mak aku.tapi ayah aku tau minat aku, sebab time aku dengar lagu smells like teen spirit , tak sedar ayah aku ada masa tu,siap ayah aku mencelah lagi suruh aku dengar lagu metalicca pulak.haha.itu dulu,time zaman budak mentah.now,sekadar dengar dan tak terikut,dengar pun just nak mengingati kenangan zaman melompat - lompat,time aku tak matured.hehe.


kurt cobain dengan anaknya,frances bean cobain

ok,apa yang aku temui daripada aku mengoogle sambil tengok dokumentari dia, kurt cobain ditemui mati di green house yang berdekatan dengan kediamannya di seattle pada 5 april 1994.kematiannya dilaporkan oleh media massa sebagai ‘bunuh diri’ (suicide).kurt membunuh diri dengan menembak kepalanya tapi kepala kurt tak pecah sebab dia guna shotgun untuk menembak itik atau ayam sebab kalau sesiapa yang kena tembak dengan shotgun tu badan atau kepala tak akan pecah.tapi sebelum dia mati dia ambik dadah jugak. namun, setahun selepas kematiannya itu, timbul pelbagai khabar angin tentang kematian kurt. ada yang kata kematiannya dia bukan sebab dia bunuh diri tetapi dibunuh oleh orang lain.


ini pulak letter yang dijumpai sebelum kurt cobain bunuh diri.to BODDAH merupakan nama teman imaginasi kurt cobain semasa kecil.


biasalah barat,diorang sangat taksub dengan idola.macam - macam cerita aku dapat berkenaan kurt cobain.tapi apa - apapun emmet butterfingers suara macam dia.padu!





heart shaped box

10 Dec 2011

rantai burung hantu


sejak akhir - akhir nie di facebook kecoh pasal rantai owl yang dikatakan haram and ade kaitan dengan freemason.aku mengaku memang aku ada juga rantai owl tu tapi baru dua hari yang lepas tetiba terputus dua pulak.maybe ade hikmah kot rantai owl aku tu putus.time ada rantai owl tu aku takde la pakai sampai 24 jam,sekali sekala je la.tak de bawak sampai ke solat.last aku pakai ahad lepas asenye.aku pakai pun sebab ase nate tu comey.now dah putus so dah buang dalam tong sampah.tambah - tambah lak tetiba dengar pulak pasal benda - benda nie terus ase x comey dah nate tu.


aku ada jugaklah dapat satu link nie berkenaan soal jawapan kemuskilan rantai owl yang kebanyakan perempuan suka sangat nie, ce tengok .

so,pada pendapat aku, just elakkan je la pakai or beli nate nie ye.lagipun dalam link yang aku kasi tu pun ada jawapan yang semua orang akan faham :

" Dalam hal perhiasan seperti loket yang mempunyai bentuk patung sama ada binatang atau sebagainya ia dibimbangi berlakunya konsep pemujaan dan sebaran perbuatan ini adalah haram di sisi Islam."


aku mengaku aku takde lah sempurna ibadah aku,aku nie cepat sangat ikut trend pelik - pelik nie so dah dapat info yang berguna nie elakkan lah dari pakai atau beli rantai owl.banyak lagi aksesori lain.daripada pakai rantai owl tu lagi bagus pakai rantai basikal.lagi awesome.gitu.bab freemason yang ada kaitan dengan trend rantai owl tu tak taulah sahih or tak.wallahualam.

8 Dec 2011

jangan nak seram sangat boleh?

tahun nie ade je benda - benda pelik berlaku..semua macam x betul je..semuanya terjadi di taman rumah sewa yang aku duduk nie.. awal tahun lalu,aku ada demam sampai sebulan tak kebah - kebah.aku ingat demam biasa tapi macam peliklah jugak sebab masuk je maghrib mesti aku demam panas.siang aku ok.pergi klinik sampai 3, 4 kali tak kebah.aku risau denggi or pape je la.pada mulanya aku tak nak bagitau parents aku then tak tahan sakit, aku bagitau juga.tiap - tiap hari diorang asyik call tanya demam aku dah ok ke belom. sampai satu hari tu,pas isyak, mak aku call,mak aku minta kawan dia seorang ustaz tolong ubatkan aku melalui jarak jauh.mula - mula aku fikir x logik sebab mana ada orang berubat jarak jauh macam tu,tapi dengan satu syarat aku kena jauh dari tempat - tempat eletrik and letak botol air dengan buka penutupnya di atas meja study aku.time tu jangan cakap r,aku menggeletar takut kot.aku kunci bilik, duduk atas katil je sebab ustaz tu x bagi aku keluar selagi x setel berubat. time berubat tu memang telinga aku macam berdesing lah.. sampai lah aku terleka sekejap then mak aku call bagitau dah abes berubat and mak aku minta aku minum air dalam botol tu and selawat 3 kali and mengucap dua kalimah syahadah.aku tanya mak aku,nape mak aku terfikir nak berubat secara tradisional nie,mak aku kata,

"kita berikhtiar,kita tak tau apa yang ada dalam badan kita sampai sakit".

mak aku juga ada cakap ustaz tu suruh aku hati - hati dengan kawasan tu sebab dia cakap kawasan aku duduk tu ramai juga negro.eh,memang tepat!macam mana dia tau??pastu,alhamdulillah demam aku dah kurang and dalam masa yang sama aku still bingung fikir apa yang terjadi kat aku sebenarnya.
balik cuti sem,aku pun tanya lah mak aku lagi sekali,kenapa mak aku berubat aku dengan cara macam tu??mak aku pun dengan selamba bagitau yang aku demam sebulan x kebah - kebah tu sebab maybe ada benda lintas kat depan aku.cuma aku je tak nampak.fikir punya fikir baru aku teringat before aku demam,aku ade pegi library and balik agak lewat malam jugak lah.maybe time tulah benda tu kacau aku cuma aku je x tau.maybe aku halang benda tu melintas kot.hohoho.aku dengar terus meremang.aku cakap kat mak aku,aku x caya.mak aku kata ustaz tu yang cakap lagipun time tu aku tengah period sebab tu benda tu senang nak masuk,mujur lah benda tu senang jugak nak keluar.hoh,ustaz tu siap tau aku period lagi.scary aku dengar.

housemate aku jugak pernah juga terkena something yang aku ase nak percaya or tak..entahlah labuuu...ade sorang housemate aku nie gila study,kalo balik library memang lewat lagi - lagi minggu exam,dia ada bagitau time dia jalan nak balik rumah dia ada ase angin melintas kat dia and terus ada bau wangi.wangi macam mana x taulah tapi sampai je rumah memang dia tercungap - cungap sebab lari lintang pukang.aku just wat andaian maybe wangi tu datangnya dari minyak wangi dia kot.dia cakap tak.hmm.yang sorang lagi pulak,terjaga dari tido.mula - mula dia ingatkan dah siang rupa - rupanya pukul 3, 4 pagi macam tu gara - gara dia terdengar budak - budak kecik main kat luar rumah and berlari dari depan luar rumah hingga ke luar dapur.erk.dia x berani nak jenguk kat tingkap tapi dia dengar lah berlari ke sana sini.x logik jugak lah ade ke budak - budak main waktu macam tu.nak kata ade budak dekat ngan rumah aku tu,tak de lah pulak.banyak rumah bujang macam kitorang je.aku x berani nak wat kesimpulan pape tapi aku bole kata maybe dia tengah mamai kot masa tuh.


agak - agak "benda" tu rupanye macam ini kot.gigi tak dak.hidung bawang.huduh.


now,kalau ade discussion or replacement class pada waktu malam, aku mesti akan ajak salah seorang housemate aku temankan aku pergi and balik,kalo diorang tak de, aku pergi awal - awal then aku balik before pukul 10 malam.nak kata aku penakut.yes,ada juga takut tapi tak de lah sampai takut berpeluh - peluh or menjerit sawan.so now, setiap kali aku keluar dari rumah aku if keluar malamlah kan, aku amalkan selawat sampai masuk campus.kalo orang tengok time aku jalan mesti fikir aku tengah jampi sebab mulut berkumat - kamit.haha.


p/s : dear friends,that why aku nak discussion or papehal yang ada kaitan masuk ke campus, before malam.sorilah.aku tak nak citer kat korang sebab nanti korang ingat aku wat citer or nak skip pape.korang rumah dekat tak pe,aku yang jauh sikit nie nak jalan agak adventure jugak lah nak harungi one by one.tambah pulak baru - baru nie aku ade dengar citer ramai yang bela "hantu raya" kat sini lagi lah aku meremang tambah lak aku ade dengar citer lagi baru - baru nie jugak lah dekat kawasan nie jugak ade orang susah meninggal dunia gara - gara bela benda tu sampai bongkok macam mane ntah la.aku tak taulah betul ke tak tapi dapat tau pun dari salah seorang jiran dalam taman nie juga.maybe tempat yang ada makhluk tu tempat kejadian yang aku kena.wallahualam.

ape - apepun Allah sentiasa ada dengan kita.gitu.:)

7 Dec 2011

wordless wednesday





sunday morning




sunday night


**F for FRIEND & FOOD**

29 Nov 2011

mature x aku??


after midterm law of evidence tadi terus aku bergegas pergi kedai gambar.nie semua sebab nak apply tuk legal attachment next sem nanti.alhamdulillah,aku dapat firm yang dekat dengan rumah aku di penang.so dalam minggu nie jugak aku kena post apa - apa letter whatsoever yang perlu hantar kat firm tu.


pas tangkap gambar,aku terus bayar and x tengok gambar berukuran pasport tu,then kawan aku yang temankan aku pergi kedai tadi cepat - cepat ambik gambar aku tu and gelak menganjeng...keluar je kedai tu,terus aku tengok,why,why,why.



sepatutnya aku kena tangkap gambar macam nie sambil cakap "aku menang kes ini.kau mampu??"tapi........


hey x silap aku ,tadi aku senyum nampak gigi putih aku kenapa xde gigi nie??kenapa muka aku macam tengah menahan berak??kenapa taik lalat atas mulut aku hilang dalam sekelip mata?oh no!fake!

aku ase lawyer - lawyer and clerk kat firm yang aku apply tu mesti diorang gelak menganjeng dengan muka aku nie.tambah lak aku pakai baju t-shirt corak - corak bagaikan budak x matang.hey macam nie ke muka budak nak attachment nanti nie!betul - betul x matang!@________@


aku mms picture nie kat boyfriend aku,sampai sekarang dia x reply.aku tau mesti dia pun tengah gelak menganjeng tengok muka aku nie.karang ade la sms berbunyi begini "gomok muka tahan berak,pasnie pegi berak k"ok.fine.

*banyak word menganjeng.

27 Nov 2011

aku dah tengok dah citer twilight breaking dawn part I.so what??


bella swan mati!!tapi kan,kan,kan..............................................................................................................................................................................................


silalah tengok twilight breaking dawn part I.x nak citer banyak - banyak. untuk seketika aku jadi jatuh cinta balik dengan edward cullen and jacob black.tamak x??setiap kali movie nie keluar aku mesti jatuh cinta balik ngan diorang walaupun diorang sendiri x penah tau.(statement nie mesti wat aku kena baling ngn selipar jamban pasni).oh jatuh cinta lagi. so far pada aku,ok la jalan citernye.x sabar nak tunggu part II pulak.

kau hadoo??nan hadoo kann...

aku tau entry nie macam dah basi tapi aku nak post jugak sebab sejak kebelakangan nie aku memang betul - betul busy dengan kelas, midterm exam yang belambak nak kena study and apply firm - firm yang ada di hometown tuk legal attachment for the next sem.


bercakap pasal bola,baru - baru nie satu malaysia gembira atas kemenangan harimau muda malaya meraih pingat emas dalam sukan sea 2011 rite..so aku pun of cos x miss r ngan game hari itu..konon nak lepak kat kedai mamak tengok game tu tapi time tu lah busy la,itu la,ini la..last2 tengok kat rumah sudah..mula - mula aku just tengok dengan housemate aku sorang nie..nadia.even kami berdua tengok memang riuh satu rumah sebab aku banyak jerit and mencarut.lagipun kat rumah nie cukup susah nak dengar aku menjerit..(nie kang ade lak housemate aku sepak aku ngn statement nie)hahaha.bengang dowh kalo x gol.haha..setiap kali kitorang menjerit la, 3 orang housemate aku yang lain yang just duduk dalam bilik wat keje masing - masing akan berlari - lari pergi ke ruang tamu sebab nak tau apa yang terjadi.tapi yang paling penting of course la jeritan gol malaysia sebab mao x melompat ngn nadia guling - guling terus atas lantai.haha.


then nak last - last game tu before masa tambahan tetiba blackout plak kat rumah.serious time tu memang bengang tahap gaban r.keluar rumah,ade rumah yang bergelap ade yang bercahaya ala - ala cahaya keimanan gitu.then rumah depan kitorang selang dua buah rumah yang sebelum nie xpernah tegur kitorang tanya rumah blackout ke x.of course la blackout dah kitorang duduk kat luar rumah tu ko x nampak ke?mujurlah jiran sebelah rumah x blackout so kitorang satu rumah memang attack rumah diorang sebab nak tengok apa yang terjadi selepas tu.

after kemenangan malaysia kitorang meroyan and histeria x sedar pape dah.esok tu pergi kelas lewat and sakit tekak sebab banyak jerit malam tu.padan muka.





video nie dekat kawasan universiti aku.biasalah dah nama tempat bukit beruang nie penuh ngan student dari MMU,UTEM and kolej komuniti lagi..memang happening r.kalo aku ade kat sini aku ase aku lagi meroyan kot.haha!!rugi gile x lepak kat kedai mamak nie!!ini barulah dikatakan semangat kesukanan beb!

oh ye,malam nie malaysia vs bahrain.

26 Nov 2011

para-para-paradise


In the night the stormy night she'll close her eyes

In the night the stormy night away she'd fly


spidergirl melekat



*dah jadi ala - ala tmblr dah entry nie.

17 Nov 2011

peristiwa yang x dapat dilupakan

ini citer psl semalam.berlaku pada aku sendiri.semalam masa tengah tunggu bas dari melaka ke penang aku telah di'pow'(actually xtau nak guna term ape,nak kata ragut bukan) oleh lima orang yang aku tak kenali.pada aku,aku ase diorang nie mabuk or maybe penagih kot.masa tu aku tengah cari top up and kedai depan2 banyak yang tutup al maklumlah dah malam and aku g 7e pun system down.so aku pun g la celah - celah belakang.salah aku juga la g belakang - belakang dah tau tempat tu suram and sunyi.

dalam dok jalan - jalan tu ttba ade orang tarik tangan aku dengan cara kasar n ugut aku minta duit.aku cakap xde and aku x nak bagi.tapi salah seorang dari diorang keluarkan pisau and ugut nak rogol aku.ya Allah pada masa tu aku x bole nak kata pape aku terus bagi beg kecik aku.mujurlah sebelum tu aku keluarkan kad - kad bank,ic and hp aku letak dalam poket seluar aku.just duit aku saje lah diorang rembat.kebetulan aku cuma ade duit dalam rm12 ketika tu.so diorang pun ambik juga.mujur juga aku x bawa laptop aku.diorang x sempat nak ambik beg galas aku sebab time tu ade orang tengah jalan,diorang x nak aku menjerit,diorang terus lari and lempar beg kecik aku.aku nie yang macam bodoh piang terus lari ke depan and duduk macam orang bodoh.seriously aku takut dengan apa yang berlaku.aku diam and aku terus call kedean.aku citer kat dia and minta dia tolong jangan bagitau dekat family aku,tapi dia pegi citer dekat maksu aku.abes sume risau.aku off fon and aku terus naik bus sebab aku jadi macam bodoh.memang terlalu bodoh.aku x report polis sebab aku ase mcm leceh and lagipun aku x berapa nak cam muka diorang tu sebab dah gelap so x perasan pape.salah aku juga yang gatal g jalan belakang pe hal ntah.bodoh piang aku nie.

now,aku jadi cepat meracau.semalam juga dalam bas aku x dapat tido lena sebab aku asyik teringat ngn peristiwa semalam.sampai penang pagi tadi aku still x dapat tido lena.tido je pun sekejap sebab aku mimpi and meracau bagai ngn peristiwa semalam.

ape - apepun korang berhati - hati r dengan keadaan sekeliling korang.masuk nie dah 2 kali terjadi kat aku.hari tu ragut sekarang pow.aku bersyukur sangat - sangat x de pape berlaku dengan nyawa aku just trauma je la menghantui aku.mak aku ade bagi air penawar ade ustaz dari sekolah dia wat kan,so sekarang ok la sikit aku.aku just x nak ingat ape yang berlaku.

oh ye, doakan aku tuk exam muet hari sabtu nanti.aku balik hometown sebab muet punyer pasal r nie..benda nak jadi xleh nak wat ape dah.so kepada semua be careful berjalan sekeliling.

*kali nie entry taip and x baca dah sebab xnak ingat pape.seriously x nak ingat pape.

13 Nov 2011

sijil pelajaran malaysia-love letter


to : zuhair
good luck tuk spm..sblm pegi jawab exm, slm ngn mak n ayah n minta ampun dr diorg,akak doakan hang dpt jwb.jgn nak weng,weng sana sini sangat!nanti mak bising dari pagi sampai ke mlm membebel pasal hang.hang mampu nak dgr?haha.all the best.
from:akak paling awesome n hot dlm hati hang.hang mampu dpt akak yang terlebih hot macam nie??:P
*tangan di dada, mata ke atas*

30 Oct 2011

shit.

pulut memang sedap,tetapi kalau santan yang nak basi dicampur pula dengan pulut,
yang sedap terus jadi x sedap.

*geram yang membuku dalam hati.

28 Oct 2011

radiohead

No alarms and no surprises




1 Oct 2011

my belated birthday




-23 september-

thank you everyone for your birthday wishes. it means a
lot to me.thank you to those who've motivated me like family,friends and my love.you are the reason why and who i'm today.

another year older and i realize there should not b
e anything to be scared of anymore just deal with your insecurities, mistakes, and flaws like a grown human being.

oh yeah,happy belated birthday also to my mum
:)


thanks kedean for the cake :)


eat,eat and eat!haha

21 Sept 2011

prima facie

"sahaja aku study untuk final exam, pada keesokan hari, pada bulan Syawal kerana Allah Taala."

sawan.


p/s:wish me luck T_T.tahun nie sambut my birthday dengan buku.thanks la MMU.dari masuk MMU until now sambut birthday dengan buku. "tangan di dada mata ke atas "

12 Sept 2011

3rd,4th and 5th raya-PANGKOR ISLAND-part 3

3rd,4th and 5th raya,fun abes.biar gambar yang menceritakan semua.kau hadoo?
kali nie banyak gambarajah.im sorry!



ok,sengaja aku nak wat mulut lopong.

bukti kitorang pegi pangkor-naik taxi van pink colour.

petang 3rd raya,mandi - manda di pantai.



pagi 4th raya,GAMES!!!


cari gula - gula dalam tepung



isi air dalam botol



manik sapa paling terbanyak

asingkan 3 benda dengan menggunakan chopstick


game nie paling best.telefon berkarat.salah seorang wajib menghafal satu rangkap yang berbunyi begini - "saya suka mkn ikan,bgitu juga kucing saya.jiran saya ada anjing,dia musuh dlm selimut kucing saya.kucing saya suka mkn friskies tambah milo kurang manis.saya sayang mak dinosour." dalam masa 2 minit..(x silap aku r).then pas hafal rangkap tu orang tu kena bagitau salah seorang group dia,and orang yang dia bagitau tu juga kena sampaikan rangkap tu juga dekat orang lain..orang yang last dalam group tu juga kena sampaikan balik apa yang orang first sampaikan pada dia kepada penganjur acara (maksu aku).kalo salah hafal rangkap tu,dikira kalah leeeee.hehe.this game sangat funny.


last game-berlari sambil membawa barang.

upacara penutup.video nie tok aku wat kelakar skit.haha.cian tok.sori bising sebab masing - masing sawan*.





after game,acara bebas.ada yang mandi - manda and aku,maksu,adik laki aku and cousins naik banana boat.yeah!

kalo ikutkan pakcik yang bawa speed boat tu nak campak kitorang kat tengah laut,tapi kitorang xnak sebab takut lemas walaupun pakai jaket keselematan.haha.penakut!


dalam pukul 4 or 5 petang lak,aktiviti riadah.kitorang sewa 2 biji basikal and 1 biji motosikal dalam 1 hari so bergilir - gilir lah kitorang naik.ade yang naik moto and ade yang naik basikal.aku lak of cos lah menunggang basikal.turun,naik bukit yang mencuram agak gila and bahaya ngn basikal nieh.pergh!berpeluh - peluh.kalo seminggu aku naik,turun bukit kat sana leh wat kempis bontot aku tau! dah lama x naik basikal watkan malam tu aku sakit bontot!haha.padan muka.

malamnya,makan besar.nak tau total harga makan rm 843.kitorang x pecaya.ingatkan paling mahal pun dalam rm400 lebih camtu sekali dua kali ganda daaa...memang hebat r.kalo restoran mewah or hotel ke kitorang leh terima tapi nie,warung yang x berapa nak warunglah sangat T_T.tapi nak wat macam mana,dah telan semua,so bayar je la.haha.

after tu abes sume buka fb citer pasal harga makanan tuh.haha


click pic utk tumbesaran


5th raya-check out and selamat tinggal pangkor island.kita jumpa lagi.



last but not least,



haasif nangis sebab xmao balik!haha.





oh ya,thank maksu for the video :)







p/s:that why family aku wat open house 2nd raya:)