31 Dec 2010

new year tag dan entry penuh gambar

hye.maaf dah lama tidak update.minggu ini dan juga minggu depan teramat - amat sibuk sampai nangis - nangis sebab gara - gara assignment, masalah itu,masalah ini.apelah aku nie,macam maana nak jadi lawyer kalau asyik nangis je.kang judge baru nak tegur sikit aku nangis kat kandang pulak.wat malu client aku nanti je.come on izzani,kau boleh lawan sifat itu.agresif yaww!ingat ape azam kau masa maal hijrah hari tu :D ok,sepanjang seminggu aku berblogwalking sambil membuat assignment yang melimpah ruah, banyak aku dapat tag itu lah ini lah.ade yang x sempat nak jenguk.maaf sangat - sangat.terlalu sibuk sangat.ada yang aku alert ada yang aku terlepas pandang.lepas nie,kalo bagi tag pada aku pastikan aku nampak jelas.maaf,aku rabun.
ok,kali nie tag dari NISYA

belog yang cute


nisya,sumpah! comel giler new year tag nie.thanks banyak - banyak tau nisya :)..nak peluk jauh.haha,damn!

ok,the question is :
1. Berapakah umur korang pada tahun 2011?
22 tahun.fine!

2. Senaraikan azam korang untuk tahun 2011.
azam tahun 2010 x tercapai lagi,so nak teruskan hingga ke 2011.

3. Berapa follower yang korang nak untuk tahun 2011.
target 1000 tapi kalau lebih x kisah.

4. Apa benda yang korang usaha nak beli pada tahun 2011.
- handphone(bila ayah nak beli handphone ganti handphone lama izzani nie?dah nazak dah nie)
-nak ipad boleh?

5. Ceritakan pengalaman manis korang tahun 2010.*panjang-panjang pun takpe*.
omaaaigaaddd,terlalu banyak sangat - sangat.biar gambar menceritakan semua ini.



tahun 2010 pergi ke pulau langkawi sebanyak 2 kali.kalau x,setahun sekali je pegi.heee.



trip ke kl sebanyak x tahulah bper kali.melaka - kl dekat je..


hearing interesting and funny cases at High Court of Malacca and trip to Parliament-tengok bapak - bapak menteri bersidang.




mooting..oh damn!sangat busy masa itu.siap mengamuk lagi.



mooting class at food court,so cool.haha



misteri kehilangan bedah..bedah!oooo bedah!manelah kau hilang,kesian tuan kau (uyah),asyik tengok kucing lain je.




world cup 2010.aku benci PAUL!




meet my bestfriend since standard four.bila mao balik Malaysia.rindu.



oh mooting competition.crazy time when the judge bantai aku.



sebahagian photoshoot yang best.ada banyak lagi,tapi malas nak upload banyak - banyak.mukabuku sudah.

actually,ada banyak peristiwa yang menarik buat diri aku pada tahun 2010 ini.tapi,penat kot nak menaip dan ambik picture.tahun 2010 banyak cabaran aku hadapi dan tahun 2010 juga aku kerap balik penang.siap sedara - mara aku dah bosan tengok muka aku yang selalu balik kampung.haha.


6. Ceritakan benda yang korang taknak berlaku pada tahun 2011.
-aku x nak dapat lecturer yang nak makan aku!
7. Sedikit ucapan tahun baru.
jangan lupa,exam selepas raya cina.papai.

aku nak tag : ayu
musixlover
hafizah
shag
haida
x lupa juga pada sape - sape yang ase nak wat tag nie.

code tuk tag tu korang tengok kat page nisya ye.alang - alang tu follow lah dia.blog dia sangat cute!

26 Dec 2010

vote lah,vote lah.benda senang je nie



aku join benda alah nie sekadar suka - suki sahaja.nak kata header aku cantik bagi pendapat aku secara jujurnya orang lain punyer header lagi comel dan cantik - cantik belaka.selain aku suka - suki join kann, actually header aku nie ade cheritera tersendiri.header yang aku wat nie,sebenarnya aku buat bersama dengan adik bongsu aku yang berumur 5 tahun,zukrina aimie.

walaupun dia kecik tapi bab colouring dialah paling suka.dialah yang memilih colour itu dan ini.siap marah - marah aku tau.huu..garang aih!dan adik laki aku pulak suruh aku join benda alah ini.dah nama just for fun kann.so pada sesiapa yang ase header aku tuh not bad PLEASE VOTE!!

caranya senang sahaja.

1- korang pegi kat page nie 2dayblogger.com
2- cari http://schizophreniaeasy.blogspot.com/
3- then click kat kotak tepi yang disediakan
4- and click VOTE kat bawah.

senang kann...

pada sesiapa yang vote aku,aku ucapkan thank you so much dan koranglah kawan - kawan aku yang hebat, terbaik dan rock!

yang cantik - cantik itu datangnya dari Allah dan yang kurang - kurang itu datangnya dari aku.papai.

25 Dec 2010

saya suka dia!



1st time aku kenal nama aneh nie dari blog sue anne joe (video pertama We Say Well).mati - mati aku ingat maria ozawa yang kak anna sebutkan...hey,aku support giler channel nie ok!x sabar aku nak tengok.






berbalik kepada maria elena nie aku sungguh TARtarik dan TARpesona ngn blog kau weyh.she's very cool & funny.dalam hati aku berkata,dia lah rockstar paling hebat.ok,kali nie alex turner turun carta.bak kata katty perry ,"you're so gay"la kau izzani.x tetap pendirian langsung!eh,suka hati aku lah kann..aku suka gilaaak style maria elena nie.simple but nice.paling best aku suka tengok dia main - main belit ngn hijab dia sambil wat mimik - mimik muka.sumpah dia wat mimik muka walau macam mana cara pun dia tetap comel ok!funny habis but still very usefull tau.aku xtau macam mane nak describe dia lagi.pada aku she's super duper awesome.you're rock maria elena!


kata maria elena,"saya anak Malaysia, tapi Bahasa Malaysia dapat B3 masa SPM, maka saya anak Malaysia perasan English, tapi sebenarnya takde la terror english."-haha..aku SPM,BM dapat A2 sahaja tapi bapak aku cikgu BM, pengkritik & pengulas sastera paling hebat.sedih dia dapat tau anak dia dapat A2 bukan A1.kecewa berbaur hampeh.tapi yeah,aku anak Malaysia.

chop suey!


current song : heartkiller by HIM


gara - gara dapat tau family aku tengah holiday di cameron highlands,aku majok minta duit kat parents aku then terus keluar g shopping & tgk movie hantu kak limah balik umah.puas hati.

ok,orang belakang tuh perosak pic je kann


aten,me & "uyah raudhah"

pura - pura excited

ntah la labuuu..


bak sini strawberry!!

barbieQue


tarikh : 23 Disember 2010

masa : janji "melayu" after maghrib but janji "1Malaysia" pas isyak
activiti : makan sampai buncit di rumah faz
menu : chicken black pepper,kerang,fishball,crabsteak,lamb,sosej
turut terlibat : faz,aiman,adli,wana,uyah,me

api x dapat dikawal..mula - mula nak start cukup seksa.macam - macam benda kitorang taruk..minyak masak lah..itu,ini...abes semua petua kitorang praktikkan tau..last2 sekali api maraklah pulok..nampak sangat kitorang nie budak "bandar" & jakun.hahaha.arang pun pada mulanya degil sangat nak keluarkan api.haish.sekali keluar xleh control pulok

sebahagian

wana,aiman,faz

wana & me

yeah!api dah x marak dah.barbieQue lah kitorang sampai lewat mlm.makan banyak sampai tido pun lena sangat.terbaik.


*kualiti pic x bagus.ini je yang termampu.thanks uyah snap walaupun gelap gelita.

22 Dec 2010

ape nak jadi

minggu depan kelas banyak xde...ramai yang nak wat cuti sendiri.aku x nak wat cuti sendiri sebab aku dah banyak ponteng kelas sebelum nie sampai lecturer dah kenal aku.x pasal - pasal time tutorial muka aku asyik kena jawab soalan.padan muka ngn aku,dah nama tutorial yang kau x g wat tutorial dan x g lecture dia apsal.sesuka hati aku je kan.kan dah kena.so padan muka diri sendiri.pastu time nie r nekad wat bajet nerd g kelas tp ceik..aku dapat tau next week class cancel,cancel,cancel & cancel.this week only replacement class until night.aku geram bercampur gembira.tiba - tiba terus hilang demam,selesema & batuk dengar word "holiday".weekend aritu,g mahkota parade and dataran pahlawan aku jadi sakit mata tengok papan gantung tuh..mao je cabut papan gantung tuh..70%,60%,50%..oh..nak itu,nak ini..wargh!aku emo.money x penah melimpah ruah kannn........time macam nie r banyak sale,sale & sale...x aci r,time aku tengah sengkek camnie r nak sale.taik!


tolonglah bagitau itu semua nafsu semata - mata
.

19 Dec 2010

musim

demam
batuk
selesema
............................

15 Dec 2010

busy

untuk seketika aku akan menyibukkan diri dengan buku dan exam.hye exam,terima kasih kerana memberi ruang kepada aku untuk "membaca buku". wish me luck for midterm public & private international law II on thursday.gugup.







award from minie

Siapa yang bagi award ini ?
minie cute

Apa komen anda terhadap blog yang memberi award ini ?
cute,cute & cute

Blog yang selalu anda singgah ?
sape yang kecoh kat 'kecoh kecoh' mmg aku akan singgah

Ayat yang selalu anda tinggalkan di shoutmix orang ?
follow,singgah,terbang

Tagkan kepada 5 orang blogger !
erk?sape2 yg baca nie kena wat..haha

* thanks minie cute.

11 Dec 2010

walking on the moon



tepat pukul 12 tengah malam ini,aku akan mem"blah"kan diri dari penang ke MMU melaka..haish.hello masa,aku amat benci pada kau!

10 Dec 2010

x tau aih



pagi tadi selepas mengambil emak ku di campus & meet doctor,dalam keadaan panas terik, aku bersama "angkatan - angkatan tentera" berjalan - jalan di penang road sementara menunggu ayah pergi menunaikan solat jumaat.di sana x sah kalo x singgah makan di nasi kandar line clear.one of the oldest nasi kandar outlets in penang since 1930.wow,sudah ramai yang beratur di kedainya walaupun kedainya belum buka lagi selepas solat jumaat.sambil menunggu sambil membeli jeruk di bazar chowrasta.x kisah kalo batuk atau datang lelah asalkan sedap ok.dah nama hantu jeruk kannn...bagi orang - orang luar bukan berasal dari penang yang nak makan kat sini mesti sedikit hairan macam mane lorong yang kecil dan gelap dengan kesibukan lalu lintas di hadapan dan berdekatan dengan simpang - siur boleh adanya stall nasi kandar.bagi penduduk penang,nasi kandar yang paling famous di sinilah.x hairanlah kalo kita tengok orang ramai beratur panjang hingga di tepi kaki lima semata - mata nak makan "nasik kandaq".kalo makan nasi kandar jangan lupa pada PAPADOM..huh,"cheq x tau nak habaq lagu mana ghasa papadom.ghasa sedap dan rangup sangat aih!"





*aku bukan anak mami walaupun asal dari penang.

9 Dec 2010

jari mentega



"I thought i'm feeling sober
And i'm getting older
I'm like a candle in the dark
So i could see it very far....""


perasaan saat - saat ini:-
rindu emmett
rindu loque
rindu kadak
rindu kalai
rindu loko
rindu 1.2 miligrams
rindu butter worth pushful
rindu transcendence
rindu butter late than never
rindu malayneum
rindu selamat tinggal dunia
rindu kembali
rindu jari mentega
rindu grunge.
padu!!

8 Dec 2010

what's your name?

hye,nama saya cik kerengga..kawan - kawan saya suka panggil gelaran itu sebab badan saya macam kerengga.erk.anda pula??

the best of all



Islam is the most beautiful religion in the world.
Islam is the fastest growing religion and the most amazing, so true, full of logic, peace and love.
May Allah bless all the Muslims in the world. InsyaAllah.

7 Dec 2010

havoc

first time balik dari tempat nie kena pakai macam nie..eeuww...kenduri punyer pasal dowh.

model cilik : zukrina aimie

motif??
anak gajah

the siblings

kaki pendek

waaa...x nampak muka aku r but i like this pic.happening

nenek aku hot!aauuww!!

i love my family so much.even sekejap but penuh bermakna sangat - sangat kat izzani.thanks ayah!mak!


location : bukit merah laketown resort,perak
time/day : 10 am,sunday
note : -hot x nenek aku?
-aku benci group baju oren!haha

6 Dec 2010

berjela - jela

woohah!!i'm back..seronok aku bercuti dari hari jumaat hingga hari ahad,dari melaka ke seremban ke kl ke perak & seterusnya ke penang.memang agak sakit - sakit badan until now gara - gara banyak bergerak.haha.jarang aku nak ber"independent" pergi lain - lain negeri.selalunya dengan family aje..ye,diakui aku anak manja walaupun anak sulung.teet!!sejam sekali family aku asyik call aku tanya sampai mane,mane & mane.hahaha.punyer lah diorang risau.ok,kali nie entry panjang berjela - jela dan juga like karangan sekolah rendah yang bertajuk "Bercuti bersama kawan - kawan dan keluarga".

jumaat,pukul 7 pagi.

aku naik taxi dari mmu ke melaka sentral.kalo nak arapkan bus hang tuah.huh,alamat terlepas bus ke seremban nanti.thanks uncle krishnan(taxi) menunggu aku bersiap.hoho..xde uncle sure aku terlepas bus.tepat pukul 8 pagi bus aku sudah menuju ke seremban.tepat pukul 9.30 pagi aku sudah sampai terminal 2.first time aku pijak terminal 2 nie..selalunyer kalo aku naik bus dari penang ke melaka bus aku turunkan penumpang - penumpang dari seremban je di situ.kali nie,aku pulak yang turun di terminal 2.di situ aku tunggu "peneman" aku..saje aku nak pembuka kata ayat peneman..saje nak bagi vogue kat peneman aku nie.haha.suka hati r,dah aku yang wat karangan hancuss nie.huhu. ok, dalam pukul 11 pagi kitorang ke ktm seremban ke kl sentral.lebih kurang sejam kitorang sampai ke kl sentral.

dengan bergalaskan beg laptopku & sling beg terus kitorang naik train monorail ke bb.berjalan sana sini hingga perut dah bergendang lagu nirvana terus kitorang attack yang mana yang nampak.fastfood.oh kfc.sudah lama x makan di kfc.selalunya mcd sahaja..hohoho.x kisah lah makan kat mana asalkan makan.after makan kitorang round - round dan bercuci mata di bb.terserempak pulak dengan member sekolah rendah semasa "cucuk" duit.eh kau, x sangka kau kenal aku.aku cuma cam muka kau je tapi x ingat nama kau..haha..dunia nie kecil sahaja.sedar x sedar sudah pun pukul 5 petang.so terus bergegas ke kl sentral balik.

di kl sentral aku terus beli tiket ke tanjung malim. sampai ke rawang aku berpisah ngan peneman aku.thanks r,dari seremban ke rawang temankan dan yang penting belanja makan.hahaha.so dia terus ambik train ke seremban dan aku pulak train ke tanjung malim.walaweh,mengantuk x terkata masa tuh.sampai je di tanjung malim tepat pukul 8 malam.maksu aku sudah tunggu aku di stesen.
sampai je di rumah maksu,terus maksu aku kenalkan member - member dia..diorang nie sumer student UPSI dan bakal - bakal cikgu. malam tu aku tengok masing - masing mentelaah study..maklumlah esok tu diorang exam.cian maksu aku,sambil study sambil layan aku..malam tu aku tido keletihan.cian maksu aku juga sebab aku guna sepenuh katil dia.haha.x pasal - pasal die kena tido ruang yang sempit.

sabtu,pukul 9 pagi.


pagi,member bawa aku round - round satu tanjung malim nie..eh x satu tanjung malim pun.,da juga tempat x g lagi.kedai PAU.waaa..xdapat lagi pau tanjung malim!ok,dia bawa aku g ke kubur cina dan proton city.haha..satu - satunya tour guides yang bawa aku lawat ke kubur cina.ntahpape. after maksu aku abes exam kitorang terus ke stesen bus dengan prebet sapu.like taxi r.xtau nape orang - orang tanjung malim nie panggil prebet sapu. bus ke ipoh bertolak pukul 12 tengahari.sambil - sambil tunggu bus,sambil makan kuih masalodeh di situ.sedap gila uolls!x dapat kuih pau dapat kuih masalodeh pun jadilah.tapi seriously sedap gila.x sama macam makcik - makcik lain yang jual.so orang - orang kampung attacklah stesen bus tanjung malim untuk dapatkan masalodeh yang paling sheeedaq.

tepat pukul 2 petang kitorang sampai ke medan gopeng at ipoh. di situ kitorang nak beli tiket ke taiping. rupa - rupanya die medan gopeng xde tiket ke ipoh.kitorang kena ke medan kidd.kali nie terpaksa lah aku dan maksu aku ber"independent" mendapatkan bus town ke medan kidd.sumpah comel gila oh bus tu.mini bus yang pada pendapat aku bus sebelum merdeka.aku naik kerusi - kerusi sumer x macam bus - bus moden.paling utama kipas antik dalam bus tu.kita x akan jumpa kipas antik macam tu pada zaman sekarang.masuk ke pekan ipoh.dah lama aku x pergi ke pekan ipoh.still lagi terasa berada dalam zaman dulu kala.sampai ke medan kidd kitorang dapatkan tiket taiping.di situ juga tempatnya amat aneh.macam dahulu kala juga.kitorang jadi jakun kejap.

tepat pukul 3 petang bus ke taiping dah pun sampai.eh kau,bus nie pun antik jugak.kitorang naik bus express versi dahulu kala oh.kitorang jadi x selesa juga tapi disebabkan family sudah tunggu di taiping so kitorang redah je lah.
masa di taiping,kitorang sekali lagi jadi x tau pape.mane xnyer rupa - rupanya di taiping ada 2 hentian bus.taiping and kamunting.call mak..

me : hello mak,mak kat mana?
mak : kat taiping.
me : taiping celah mana?

mak : kat masjid taiping.nak solat asar.
me : masjid taiping tu kat mana?

mak : kat pekan taiping.


sambil - sambil tu aku jenguk kat luar tingkap bus.eh,banyak gila masjid..sumer nak nama masjid taiping juga.

me : mak tau x.dalam pekan taiping nie ada banyak masjid.sume nama nak nama masjid taiping.izzani ngn maksu x tau pape nie.

mak : hehe(ketawa kecil).dah - dah.hampa dua p tunggu kat stesen kamunting.jangan turun kt hentian taiping.dok diam - diam kat sana.


hohoho..cuak kitorang masa tu tau.so sampai je stesen kamunting kitorang pun duduklah diam - diam sampai family aku sampai.masuk je dalam kereta..

me : mak ada makanan x?

nenek : ada - ada.nie ha roti sardin.
me : lapaq.

maksu : bak sini.maksu nak gak.
me : lapaq sangat - sangat nie.nak makan lagi,nak makan lagi.

ayah : ada restoran ke tepi nie.kita singgah beli makanan dulu lah.

mak : nak bungkus makan kat apartment atau nak makan sini?
me : (sambil buka pintu kereta)..nak makan sini.x tahan,x tahan,x tahan.


hahaha.memang aku kelaparan masa tuh.makan jangan citer lah.macam mahu pergi berperang sahaja. sesudah makan kitorang terus bergerak ke bukit merah.malam tu sekali lagi tido keletihan.

ahad,pukul 9.30 pagi.

bersiap - siap mahu pergi ke waterpark mao mandi.1st sekali of cos attack belon besar sambil melompat - lompat di atas belon tersebut.lantaklah orang nak kata ape kat aku masa tuh.ade aku kesah?wat pe nak malu - malu kan,kan,kan..main gelongsor sana,sini pastu dalam pukul 12.30 tengahari terus salin baju balik ke penang.kali nie aku kena pakai baju kurung sebab terus pergi ke kenduri.mujurlah mak aku bawa siap - siap baju kurung dari penang.nak harapkan aku?hahaha.asyik terlupa je.dalam pukul 3 petang kitorang pun pergilah ke kenduri melahap makanan yang ada.


seriously walaupun aku nie selalu pergi bercuti dengan familyku,kali nie amat bermakna sangat - sangat sebab aku banyak guna pengangkutan awam.hehe
.



*suka hati r entry aku nak berjela - jela kan,kan,kan...dah ini blog aku kannnnn

30 Nov 2010

padan muka,padan muka

tengah hari tadi konon nak pegi lewat kelas tutor computer law II..takut nanti kena jawab soalan miss manique.aku pun gi la kelas lewat - lewat dalam 20 minit.rupa - rupa nya miss manique telah menungguku..sekali ambik kau x pasal - pasal aku kena jawab soalan tutorial minggu nie.dengan blur aku jawab.sumpah macam haremmm je aku jawab..mujur case Naomi Campbell..interesting je semalam aku baca case tu..sebelum nie kalo nak baca case jangan harap r..pemalas nak mampus..gara - gara Naomi Campbell hot - hot chick aku x tido.last - last padan muka ngn aku sendiri..xmao sangat kan nak g kelas tutor die kan,kan,kan..kan dah kena.padan muka aku.

esok test.lusa test.tulat aku nak ponteng kelas equity..oh kawan yang baik hati,tolong signkn untuk aku kali nie.upah ice -cream malaysia.semak gila otak ini.tido.

29 Nov 2010

benci

sejak masuk delta year,perangai aku makin lama makin menjadi - jadi.memberontak melepaskan emosi.sifat malas makin melampau - lampau.mana perginya azam aku sebelum ini?oh.aku sudah "gila" dengan semua ini.




27 Nov 2010

my favourite



WOW!

24 Nov 2010

taiping

lokasi : taiping
tarikh : 20 November 2010

aktiviti : kenduri kak nadzirah (sebelah pengantin lelaki).selamat pengantin baru kepada kak nadzirah dan abang faisal.kami bertolak dari penang pada pukul 10 pagi.konvoi bersama 6 biji kereta.di sana bertemu dengan geng-geng moto GP ??ntah.aku x tau bab moto.yang tersusun rapi gitu..hebat juga kenduri sebelah lelaki ini.makanan memang sedap.biase r,dah nama makan FREE!!

sebahagian


with cousin.aku sorang baju colour lain.damn!


geng kurus tapi makan banyak


hoh.ayah aku macam YB dowh..hahaha..abaikan orang bertudung kuning tuh..aku xtau nape muka aku macam tapir masa nie.