21 Dec 2011

love is a laserquest

kalau sape - sape masuk bilik aku mesti terpandang satu patung nie and tanya sape bagi kat aku then mesti gelak guling - guling.nak tau patung ape?





member :sape bagi kat ko shin chan nie?

aku : sape lagi 'kedean cobain'.

member:hahahahahaha.ko tak tanya dia nape dia bagi kat ko shin chan nie?

aku :sebab dia kata kalo nak ase nak marah dia or stress pape tengok r shin chan tu pastu wat mata and mulut macam shin chan nie and cakap action kameeeeen,bibibibibibibibibi. 0___________0.

member:hahahahaha.lagi satu,ko jangan marah aku,aku nak bagitau nie,jujur nie,aku tengok muka dia nie dah macam ko tau tak sebab tu dia bagi kat ko.

aku :kuang asam ko!keluar!!!

member:hahahahahahahaha(guling - guling macam shin chan sudah)



keji r korang.T_T

itu baru satu benda.


ade satu lagi.'kedean cobain' penah bagi kat aku satu kad kecik.time aku tengok tu oh my......,so sweeeeeeeeeeeet.pastu aku pun buka la kad kecik tu nak baca ape isi dalam kad tu.pastu hujung - hujung kad tu dia lukis nie :





gomok : apsal lukis gemuk.gomok x gemuk la.

kedean : sedarlah,gomok tetap gemuk.

gomok:mane ade.orang kurus lah.

kedean:eleh kurus la konon,abes tu yang melantak tak ingat dunia tu ape?kata nak diet,tapi cakap je tengok pastu kalo keluar je ha ambik! makan x ingat dah diet.

gomok:mane ade,pas makan perut kempis balik sebab g berak.

kedean:tak de maknanya.sebulan,2 bulan jumpa nampak kembang lagi ade la.

gomok:ok fine,nak diet pasnie!

kedean:jom mcd:P

gomok:dieeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttt!

kedean:hahahaha.gomok tak jeles ke tengok pinggang kedean nie,ramping je.semua perempuan jeles dengan kedean sebab pinggang kedean ramping tau tak.

gomok:fine!

kedean:hahahahaha.

gomok:tau tak mak cakap kalau kita sebut tiap - tiap hari word tu means doa tau tak.x baik tau kedean panggil gomok.

kedean: abes tu yang dia panggil kedean tu nape?bukan dia pun sama juga ke doa panggil ,kedean,taulah kedean nie ramping.hehehe.

gomok:eh nak juga dia menang!

kedean:mengaku je lah cik lawyer.anda kalah dan anda tetap gomok!gomok!gomok!hahahaha.

gomok:...............................................



gomok-aku

kedean-kedean cobain



actually kitorang memang panggil kedean-gomok so kalau dalam facebook sape - sape tengok ade orang panggil gomok x kira mana - mana tempat di wall or picture dengan nada suka hati je tu dia la tuh.


conclusion : semakin hari badan aku semakin bertambah lemak - lemak tak kira di mana - mana tempat.sila diet izzani.kang nanti x pasal dia tukar panggilan panggil gomok dengan panggilan ikan paus.mao aku tak kejar dia pasnie dengan selipar jamban.





to kedean:sorry la x pandai nak jiwang.lagipun dah kamu dapat awek jenis sengal labu - labu macam nie kan sebab tu kamu pun sengal labi - labi jugak.btw,lagu nie je mampu nak bagitau macam mane isi hati :P.

19 Dec 2011

D is for Delicious December


secret recipe




seoul garden





sesi tonyoh menonyoh kek sampai ke muka.btw happy birthday to uyah and kak jaja!sorilah siang hari tu saja wat korang risau sebab nak bagi surprise kat korang malam tu.hehe.



second time,tutti frutti after class company law II,today.



conclusion : bulan 12 bulan menternak lemak.

11 Dec 2011

kurt cobain


hari ini aku banyak menghabiskan masa dengan menonton dokumentari - dokumentari berkenaan kurt cobain.kau mampu nak menonton dokumentari sebegitu banyak dalam satu hari ??gigih tau.haha.memang tak mengantuk sebab aku minat jugak la dengan grunge,punk rock nie.tapi taklah sampai terikut - ikut nak koyak seluar bagai.silap - silap kena kejar dengan penyapu mak aku.tapi ayah aku tau minat aku, sebab time aku dengar lagu smells like teen spirit , tak sedar ayah aku ada masa tu,siap ayah aku mencelah lagi suruh aku dengar lagu metalicca pulak.haha.itu dulu,time zaman budak mentah.now,sekadar dengar dan tak terikut,dengar pun just nak mengingati kenangan zaman melompat - lompat,time aku tak matured.hehe.


kurt cobain dengan anaknya,frances bean cobain

ok,apa yang aku temui daripada aku mengoogle sambil tengok dokumentari dia, kurt cobain ditemui mati di green house yang berdekatan dengan kediamannya di seattle pada 5 april 1994.kematiannya dilaporkan oleh media massa sebagai ‘bunuh diri’ (suicide).kurt membunuh diri dengan menembak kepalanya tapi kepala kurt tak pecah sebab dia guna shotgun untuk menembak itik atau ayam sebab kalau sesiapa yang kena tembak dengan shotgun tu badan atau kepala tak akan pecah.tapi sebelum dia mati dia ambik dadah jugak. namun, setahun selepas kematiannya itu, timbul pelbagai khabar angin tentang kematian kurt. ada yang kata kematiannya dia bukan sebab dia bunuh diri tetapi dibunuh oleh orang lain.


ini pulak letter yang dijumpai sebelum kurt cobain bunuh diri.to BODDAH merupakan nama teman imaginasi kurt cobain semasa kecil.


biasalah barat,diorang sangat taksub dengan idola.macam - macam cerita aku dapat berkenaan kurt cobain.tapi apa - apapun emmet butterfingers suara macam dia.padu!





heart shaped box

10 Dec 2011

rantai burung hantu


sejak akhir - akhir nie di facebook kecoh pasal rantai owl yang dikatakan haram and ade kaitan dengan freemason.aku mengaku memang aku ada juga rantai owl tu tapi baru dua hari yang lepas tetiba terputus dua pulak.maybe ade hikmah kot rantai owl aku tu putus.time ada rantai owl tu aku takde la pakai sampai 24 jam,sekali sekala je la.tak de bawak sampai ke solat.last aku pakai ahad lepas asenye.aku pakai pun sebab ase nate tu comey.now dah putus so dah buang dalam tong sampah.tambah - tambah lak tetiba dengar pulak pasal benda - benda nie terus ase x comey dah nate tu.


aku ada jugaklah dapat satu link nie berkenaan soal jawapan kemuskilan rantai owl yang kebanyakan perempuan suka sangat nie, ce tengok .

so,pada pendapat aku, just elakkan je la pakai or beli nate nie ye.lagipun dalam link yang aku kasi tu pun ada jawapan yang semua orang akan faham :

" Dalam hal perhiasan seperti loket yang mempunyai bentuk patung sama ada binatang atau sebagainya ia dibimbangi berlakunya konsep pemujaan dan sebaran perbuatan ini adalah haram di sisi Islam."


aku mengaku aku takde lah sempurna ibadah aku,aku nie cepat sangat ikut trend pelik - pelik nie so dah dapat info yang berguna nie elakkan lah dari pakai atau beli rantai owl.banyak lagi aksesori lain.daripada pakai rantai owl tu lagi bagus pakai rantai basikal.lagi awesome.gitu.bab freemason yang ada kaitan dengan trend rantai owl tu tak taulah sahih or tak.wallahualam.

8 Dec 2011

jangan nak seram sangat boleh?

tahun nie ade je benda - benda pelik berlaku..semua macam x betul je..semuanya terjadi di taman rumah sewa yang aku duduk nie.. awal tahun lalu,aku ada demam sampai sebulan tak kebah - kebah.aku ingat demam biasa tapi macam peliklah jugak sebab masuk je maghrib mesti aku demam panas.siang aku ok.pergi klinik sampai 3, 4 kali tak kebah.aku risau denggi or pape je la.pada mulanya aku tak nak bagitau parents aku then tak tahan sakit, aku bagitau juga.tiap - tiap hari diorang asyik call tanya demam aku dah ok ke belom. sampai satu hari tu,pas isyak, mak aku call,mak aku minta kawan dia seorang ustaz tolong ubatkan aku melalui jarak jauh.mula - mula aku fikir x logik sebab mana ada orang berubat jarak jauh macam tu,tapi dengan satu syarat aku kena jauh dari tempat - tempat eletrik and letak botol air dengan buka penutupnya di atas meja study aku.time tu jangan cakap r,aku menggeletar takut kot.aku kunci bilik, duduk atas katil je sebab ustaz tu x bagi aku keluar selagi x setel berubat. time berubat tu memang telinga aku macam berdesing lah.. sampai lah aku terleka sekejap then mak aku call bagitau dah abes berubat and mak aku minta aku minum air dalam botol tu and selawat 3 kali and mengucap dua kalimah syahadah.aku tanya mak aku,nape mak aku terfikir nak berubat secara tradisional nie,mak aku kata,

"kita berikhtiar,kita tak tau apa yang ada dalam badan kita sampai sakit".

mak aku juga ada cakap ustaz tu suruh aku hati - hati dengan kawasan tu sebab dia cakap kawasan aku duduk tu ramai juga negro.eh,memang tepat!macam mana dia tau??pastu,alhamdulillah demam aku dah kurang and dalam masa yang sama aku still bingung fikir apa yang terjadi kat aku sebenarnya.
balik cuti sem,aku pun tanya lah mak aku lagi sekali,kenapa mak aku berubat aku dengan cara macam tu??mak aku pun dengan selamba bagitau yang aku demam sebulan x kebah - kebah tu sebab maybe ada benda lintas kat depan aku.cuma aku je tak nampak.fikir punya fikir baru aku teringat before aku demam,aku ade pegi library and balik agak lewat malam jugak lah.maybe time tulah benda tu kacau aku cuma aku je x tau.maybe aku halang benda tu melintas kot.hohoho.aku dengar terus meremang.aku cakap kat mak aku,aku x caya.mak aku kata ustaz tu yang cakap lagipun time tu aku tengah period sebab tu benda tu senang nak masuk,mujur lah benda tu senang jugak nak keluar.hoh,ustaz tu siap tau aku period lagi.scary aku dengar.

housemate aku jugak pernah juga terkena something yang aku ase nak percaya or tak..entahlah labuuu...ade sorang housemate aku nie gila study,kalo balik library memang lewat lagi - lagi minggu exam,dia ada bagitau time dia jalan nak balik rumah dia ada ase angin melintas kat dia and terus ada bau wangi.wangi macam mana x taulah tapi sampai je rumah memang dia tercungap - cungap sebab lari lintang pukang.aku just wat andaian maybe wangi tu datangnya dari minyak wangi dia kot.dia cakap tak.hmm.yang sorang lagi pulak,terjaga dari tido.mula - mula dia ingatkan dah siang rupa - rupanya pukul 3, 4 pagi macam tu gara - gara dia terdengar budak - budak kecik main kat luar rumah and berlari dari depan luar rumah hingga ke luar dapur.erk.dia x berani nak jenguk kat tingkap tapi dia dengar lah berlari ke sana sini.x logik jugak lah ade ke budak - budak main waktu macam tu.nak kata ade budak dekat ngan rumah aku tu,tak de lah pulak.banyak rumah bujang macam kitorang je.aku x berani nak wat kesimpulan pape tapi aku bole kata maybe dia tengah mamai kot masa tuh.


agak - agak "benda" tu rupanye macam ini kot.gigi tak dak.hidung bawang.huduh.


now,kalau ade discussion or replacement class pada waktu malam, aku mesti akan ajak salah seorang housemate aku temankan aku pergi and balik,kalo diorang tak de, aku pergi awal - awal then aku balik before pukul 10 malam.nak kata aku penakut.yes,ada juga takut tapi tak de lah sampai takut berpeluh - peluh or menjerit sawan.so now, setiap kali aku keluar dari rumah aku if keluar malamlah kan, aku amalkan selawat sampai masuk campus.kalo orang tengok time aku jalan mesti fikir aku tengah jampi sebab mulut berkumat - kamit.haha.


p/s : dear friends,that why aku nak discussion or papehal yang ada kaitan masuk ke campus, before malam.sorilah.aku tak nak citer kat korang sebab nanti korang ingat aku wat citer or nak skip pape.korang rumah dekat tak pe,aku yang jauh sikit nie nak jalan agak adventure jugak lah nak harungi one by one.tambah pulak baru - baru nie aku ade dengar citer ramai yang bela "hantu raya" kat sini lagi lah aku meremang tambah lak aku ade dengar citer lagi baru - baru nie jugak lah dekat kawasan nie jugak ade orang susah meninggal dunia gara - gara bela benda tu sampai bongkok macam mane ntah la.aku tak taulah betul ke tak tapi dapat tau pun dari salah seorang jiran dalam taman nie juga.maybe tempat yang ada makhluk tu tempat kejadian yang aku kena.wallahualam.

ape - apepun Allah sentiasa ada dengan kita.gitu.:)

7 Dec 2011

wordless wednesday





sunday morning




sunday night


**F for FRIEND & FOOD**