16 Dec 2012

living things


berhabuknye blog aku...last update bulan ramadhan...walawey!motif aku tak update of course busy!(ayat standard).tapi betullah..aku busy sebab sem nie aku dah masuk last sem..insyaAllah kalau tak sangkut paper aku akan grad awal tahun depan.doakan sebab tahun nie memang betul - betul mencabar jiwa raga.kadang - kadang tu rasa menyesal ambik course law nie.

terserlah muka aku yang x cukup tidur.T_T
belakang aku tu lecturer aku sendiri.berani tak kitorang gedik?hahaha


ape - apepun insyaAllah if aku betul - betul free aku akan update blog aku nie jugak.(walhal dalam facebook tiap - tiap hari boleh update status and komen!hahaha)

p/s : sorry tak de benda nak celoteh sebab dah lama tak menaip.









7 Aug 2012

homemade chicken chop

 

homemade chicken chop..daripada beli di restoran baik buat sendiri.rupa - rupanya sangatlah senang wat chicken chop nie.masa balik penang time awal ramadhan tu,mak aku ajar aku wat chicken chop nie.aku balik je melaka terus aku praktis balik wat chicken chop nie tuk budak - budak rumah aku.so far,rasa tetap sama dengan  yang mak aku wat and paling penting rasa lagi sedap and puas hati dari restoran buat.bangga diri!!hahaha :P

2 Jul 2012

read my mind

red velvet already done.
apam polka - polka also already done.
tetiba ase tak nak jadi lawyer nak buka kedai kek bole?hahaha
akan datang-rainbow cake!:)

16 Jun 2012

burn it down



seperti yang aku janji,akhirnya update jugak blog nie.alhamdulillah presentation untuk practical aku semuanya berjalan lancar and kelas untuk new sem semuanya pun ok2 jugak.cuma yang x best mmu wat rules untuk attendance 80%.damn ah!xleh ponteng T_T

actually semalam aku nak update blog nie tapi terbengkalai juga sebab dengar news dari fb kecoh  berkaitan ade sorang budak mmu nak try bunuh diri.hmm.ade orang kata dia sakit tapi tak leh blah paper Metro kata dia law student.hello,die student enginn lah weyh!masuk sem baru dah ade kes bagai.haish.macam - macam.

berbalik pada sepanjang practical aku,so far tersangat - sangat lah seronok.bab welfare kat firm aku tu aku leh bagi gred A.macam - macam aku dapat dari situ.terima kasih tak terhingga kepada lawyers & all staffs conveyancing & litigation department SHARIFUL AZHAR & PARTNERS.banyak knowledge,experience and so on aku dapat di situ. and tak lupa sepanjang aku di hometown jugak banyak activity yang aku wat dengan family.contoh,of course lah makan angin kann...family aku memang suka travel termasuk aku.kitorang cepat boring kalo terperap di rumah lama - lama.ade je tempat yang nak kitorang pergi.


so layan picture di bawah...







at regency hill,gunung jerai.relax time!thanks ayah sebab memahami.time nie during practical so ayah plan g perlis and stayed at Gunung Jerai time weekend.firstly dengar je Gunung Jerai aku just fikir ah damn ah,sumpah mesti boring tapi after sampai je at puncak aku lak jadi sawan sebab sumpah best giler and sangat peaceful tempat dia weyh!sangat best! :)






second trip,after practical.time nie actually ayah plan just nak g bukit merah je tapi aku merajuk sebab ayah x bawak g jalan jauh.so ayah plan g cameron highlands.kitorang bawak jugak tok ayah.wallawey!thanks ayah!time nie memang feeling like im freedom bebeh sebab dah abes segala practical!memang ase seronok sangat.

btw nak wish siap -siap 
HAPPY FATHER'S DAY  to ayah.

ayah sangat best,sporting and cool.even anak - anak dia nakal dia x pernah langsung marah and thanks sangat - sangat sebab memahami jiwa perempuan especially mak and izzani time shopping.ayah x pernah marah kitorang yang gila shopping.if tak dapat barang apa yang kitorang nak,ayah x pernah mengeluh,ayah still usaha and waiting sampai kitorang dapat.paling penting kalo anak - anak dia nak sangat benda tu,dia x pernah marah and mengeluh even benda tu mahal giler,dia just cakap,"nak yang nie ka?so ambik lah" :D.nice words ayah!haha.thanks ayah and i love u so much ayah!izzani janji,izzani akan balas jasa dan pengorbanan ayah and mak.


p/s : dah lama aku x update semua benda aku nak sumbat.mujur blog nie x boleh wat aku bercakap automatic.kalo tak dah macam bertih jagung 24 jam tak leh stop! :P

2 Jun 2012

seize the day

hey ho!
alamak! dah lama aku tak update blog T_T.sorry weyh!actually, aku dah lama abes practical..awal bulan 5 tu lagi.nak update tapi malas!haha.

hari nie pukul 1 petang aku balik melaka for the new sem.final year.insyaAllah next year aku akan grad.hari selasa depan aku kena present tuk practical aku.damn ah.kacau mood aku.doakan aku present elok.papepun nanti - nanti aku blogwalking blog korang...banyak nak citer giler - giler nie!next topic akan aku citer nanti.

yeah!penternak lemak yang berjaya!yahoo!!



 
current song oh:).

16 May 2012

selamat hari guru


selamat hari guru buat mak dan ayah tersayang..terima kasih memberi didikan,kasih sayang dan doa untuk anakmu ini.

10 Apr 2012

law nite 2012

al kisahnya jumaat minggu lepas aku balik melaka semata - mata untuk pergi law nite 2012..kau mampu dari penang ke melaka balik sebab dinner?haha..aku gerak malam,hari jumaat and sampai pagi sabtu.balik lak pagi ahad.isnin keje.lagi sekali,kau mampu jadi macam aku??

date: 31 March 2012 (Saturday)
venue : Renaissance Hotel, Melaka
theme : Essence of Elegance


before



after....yeah bertukar jadi bumble bee!!




ikan bertembung dengan itik









"Friends are the most important ingredient in this recipe of life"

24 Mar 2012

a hopeful transmission

hey,i'm back! ye,ye, aku tau agak lama aku menghilangkan diri sebab now aku tengah legal attachment(practical).so memang terlalu busy dan tak ade masa nak buka blog nie.selalu di facebook je la.itupun kejap ade kejap takde.sorry!btw sangat seronok dengan tempat kerja aku.so far semuanya berjalan lancar. baru - baru nie,aku follow lawyer aku g Penang High Court and Bukit Mertajam Magistrate Court for mentioned date.so, memang seronok lah g court jumpa judges and lawyers.time aku g Penang High Court ade benda lucu jugak la..time tu aku tengah tunggu lawyer aku check in cases then tetiba datang sorang lawyer tanya aku macam nie :


lawyer : u harini handle case ape?
aku :erk, tuan saya budak practical.datang sini follow puan saya.(sambil pegang file cases).
lawyer :eh ye ke.ingatkan lawyer.haha.gaya semua dah ade nampak dah tu!

aku :hehe.x lah.x jadi lagi lawyer.insyaAllah 2,3 tahun n
anti baru jadi.hehehe.
lawyer :bagus,bagus.pasnie dah bole jumpa dengan kami semua,as a senior law.
aku :insyaAllah tuan. (senyum tersipu malu).


hahaha,nie gara - gara dresscode aku r,hitam putih and blazer semua.mane tak nyer dah lecturer aku and lawyer aku sendiri cakap pakai hitam putih macam diorang jugak kalo g court.huhu.tambah lak time tu aku tengah pegang file cases lawyer aku yang tebal - tebal.so that why diorang fikir aku lawyer.malu jugak aku time tu.

btw now,boss aku minta aku pergi dua department iaitu conveyancing and litigation.kalo bab document,tanah,grant whatsoever yang ade kaitan dengan tanah di conveyancing and kalo bab harta pusaka,summons di litigation.so dlm sebulan, 2 minggu aku di convenyancing,2 minggu di litigation,seterusnya rotate balik.memang agak pening jugak la aku kehulu kehilir sana sini.tapi tak pe lah,at least aku ade experience and kerja yang berlainan di dua department tu.



sebahagian buku di library office di conveyancing.tempat nie la aku suka lepak-lepak bajet wat rajin katenye.walhal lari daripada wat keje.opss.haha:P



time nie celebrate birthday staff,kak liza di conveyancing.happening giler ok!

party,party jugak.keje,keje jugak.makan,makan jugak :P

ini part paling best.hari jumaat lepas kitorang main masak - masak.kau mampu dalam office cooking?hahaha

ini lak time di litigation.ok memang banyak kerja.bukti tengok la pic bawah,tempat aku penuh dengan file cases!huhu

banyak kan!!!!wargh!!litigation best jugak sebab kalo ade client datang citer prob leh curi - curi dengar:P

ini lak sebahagian tempat dalam Penang High Court.time nie aku tengah tunggu lawyer aku jumpa pendaftar mahkamah.uncle yang depan aku nie nampak kusut maybe ade masalah dengan company die kot.


ini lah rupa Penang High Court.nampak kecik tapi banyak bilik and dalam nyer sangat classic sebab bangunan nie dr zaman British lagi.tak silap lah.pic nie aku ambik kat google.aku tak sempat nak ambik pic building kat luar sebab aku kena pegang file cases lawyer aku punyer so tak sempat nak curi - curi snap.hanya sekeping pic yang uncle dok menung kat tepi tangga tu je la aku sempat snap.hoho.aku harap tempat nie akan jadi tempat kerja aku pada masa hadapan.ameen.

-------------------------------------------------------------------

btw tahniah untuk adikku,zuhair dengan keputusan SPM.ok,akak tak sangka addmath hang leh tinggi dari gred akak dulu!tercabar jiwa raga akak ok!at least bakal engineering akan ada dalam family aku lagi.aku lah yang ganjil dan berlainan halatuju tak sama dengan aunt and uncle aku yang semuanya engineering.fine.

akhir kata, take care yeah!


23 Feb 2012

in my place


i'm back!
ok,actually aku dah abes final exam minggu lepas lagi and now aku tengah legal attachment (practical) di firm shariful azhar & partners.untuk minggu pertama nie xdelah banyak sangat kerja yang kena wat..just wat letter,agreement & benda wajib,FOTOSTAT.haha.now aku keje di part conveyancing,insyaAllah next week lak aku kena g part litigation lak yang lagi busy.so far lawyers and clerks semuanya ok and sengal!haha.x stress sangat and happening je.paling penting tiap - tiap petang lawyers asyik belanja kitorang makan sahaja!thanks lawyers!





btw tadi ade dapat post dari seseorang.who's?

see the pictures :P














thanks maria elena!sangat awesome!:)


2 Feb 2012

speed of sound



time aku darjah 1 aku tak pandai nak tulis mahupun nak cari lirik lagu melainkan lagu kanak - kanak je aku hafal.itupun yg mane aku igt je. tapi adik pompuan aku yg darjah 1 tu lagi advance,lagu yuna-penakut dia dah pandai tulis lirik & hafal lagu tu..tak ade sape sedar bila die buka youtube and cari lagu yuna,tengok2 dah ade dalam beg sekolah dia dah kertas nie.

oh ini tidak adil,tidak adil bagiku T_T



nota kaki : aku dah pun selamat sampai melaka pada pukul 8 pagi tadi.now cuak tengok buku and online notes.banyak tak baca lagi!pasnie aku maybe jarang update sebab nak study tuk exam.doakan aku dapat jawab semua soalan dengan tenang.cuak sangat - sangat tapi kalau online tak cuak lak.erk.mulai sekarang aku kena mulakan niat macam sem lepas jugak :

"sahaja aku study untuk final exam, pada keesokan hari, pada bulan Rabiul Awal kerana Allah Taala."






dok elok - elok niat tetiba terdengar lagu nie.setan!

1 Feb 2012

wordless wednesday







melaka-sayang family.tak sia - sia aku merajuk kat parent aku sebab hampir 3 tahun diorang tak lawat aku di melaka.hehe.



vistana hotel,kuala lumpur








aquaria,klcc





ikea


otw penang-jam!dari rawang until ipoh.stress aku.


selebihnya banyak menghabiskan duit -SHOPPING!!!holiday CNY yang paling awesome.thanks ayah,mak.:)

lewat malam nie aku balik melaka.doakan aku selamat sampai melaka and doakan aku dapat jawab final exam next week.cuak!