10 May 2009

Laskar Pelangi





Sebuah kisah yang diadaptasi dari novel LASKAR PELANGI karya Andrea Hirata, yang berlatar belakangkan zaman akhir tahun 70-an.



Hari pertama pembukaan kelas baru di sekolah SD Muhammadyah menjadi sangat tegang bagi dua orang guru, Muslimah (Cut Mini) dan Pak Harfan (Ikranagara), serta 9 murid yang menunggu di sekolah yang terletak di desa Gantong, Belitong. Ini kerana jika tidak mencapai 10 murid yang mendaftar, sekolah akan ditutup.Hari itu, Harun, seorang murid istimewa menyelamatkan keadaan. 10 murid yang diberi nama Laskar Pelangi oleh Bu Muslimah, menjalinkan kisah yang tidak dapat dilupakan.5 tahun bersama, Bu Mus, Pak Harfan dan 10 murid tersebut dengan keunikan dan keistimewaannya masing masing, berjuang untuk terus belajar. Pelbagai tentangan dan tekanan untuk menyerah, Ikal (Zulfani), Lintang (Ferdian) dan Mahar (Veris Yamarno) dengan bakat dan kecerdasannya muncul sebagai pendorong semangat sekolah mereka.

Sanggupkah mereka bertahan menghadapi cabaran dan rintangan?



Filem ini dipenuhi dengan kisah golongan miskin dan kaya,kisah perjuangan hidup menggapai mimpi yang mengharukan serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan berlatar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia.



seriously,aku suka citer nie..

penuh sarat ngn mesej..

memang patut dapat award dari antarabangsa or watever..imagine sendiri la,dalam satu sekolah ada 10 orang murid & 2 orang guru je ngn tmpt belajar beratapkan zink dan papan serta ada kambing cute depan kelas..huhu

gembira,sedih sumernyer bersama..

berbaloi aku download movie nie...sempat kurangkan stress aku seketika =)





"kalo nak pintar belajar kalo nak berhasil usaha"


2 comments:

Hanif Amir said...

tahniah sdri, menonton filem ini adalah selangkah anda menapak ke hadapan untuk berjaya!

say to easy=) said...

hahaha..terus pass exam lps nie..=p