21 Dec 2011

love is a laserquest

kalau sape - sape masuk bilik aku mesti terpandang satu patung nie and tanya sape bagi kat aku then mesti gelak guling - guling.nak tau patung ape?





member :sape bagi kat ko shin chan nie?

aku : sape lagi 'kedean cobain'.

member:hahahahahaha.ko tak tanya dia nape dia bagi kat ko shin chan nie?

aku :sebab dia kata kalo nak ase nak marah dia or stress pape tengok r shin chan tu pastu wat mata and mulut macam shin chan nie and cakap action kameeeeen,bibibibibibibibibi. 0___________0.

member:hahahahaha.lagi satu,ko jangan marah aku,aku nak bagitau nie,jujur nie,aku tengok muka dia nie dah macam ko tau tak sebab tu dia bagi kat ko.

aku :kuang asam ko!keluar!!!

member:hahahahahahahaha(guling - guling macam shin chan sudah)



keji r korang.T_T

itu baru satu benda.


ade satu lagi.'kedean cobain' penah bagi kat aku satu kad kecik.time aku tengok tu oh my......,so sweeeeeeeeeeeet.pastu aku pun buka la kad kecik tu nak baca ape isi dalam kad tu.pastu hujung - hujung kad tu dia lukis nie :





gomok : apsal lukis gemuk.gomok x gemuk la.

kedean : sedarlah,gomok tetap gemuk.

gomok:mane ade.orang kurus lah.

kedean:eleh kurus la konon,abes tu yang melantak tak ingat dunia tu ape?kata nak diet,tapi cakap je tengok pastu kalo keluar je ha ambik! makan x ingat dah diet.

gomok:mane ade,pas makan perut kempis balik sebab g berak.

kedean:tak de maknanya.sebulan,2 bulan jumpa nampak kembang lagi ade la.

gomok:ok fine,nak diet pasnie!

kedean:jom mcd:P

gomok:dieeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttt!

kedean:hahahaha.gomok tak jeles ke tengok pinggang kedean nie,ramping je.semua perempuan jeles dengan kedean sebab pinggang kedean ramping tau tak.

gomok:fine!

kedean:hahahahaha.

gomok:tau tak mak cakap kalau kita sebut tiap - tiap hari word tu means doa tau tak.x baik tau kedean panggil gomok.

kedean: abes tu yang dia panggil kedean tu nape?bukan dia pun sama juga ke doa panggil ,kedean,taulah kedean nie ramping.hehehe.

gomok:eh nak juga dia menang!

kedean:mengaku je lah cik lawyer.anda kalah dan anda tetap gomok!gomok!gomok!hahahaha.

gomok:...............................................



gomok-aku

kedean-kedean cobain



actually kitorang memang panggil kedean-gomok so kalau dalam facebook sape - sape tengok ade orang panggil gomok x kira mana - mana tempat di wall or picture dengan nada suka hati je tu dia la tuh.


conclusion : semakin hari badan aku semakin bertambah lemak - lemak tak kira di mana - mana tempat.sila diet izzani.kang nanti x pasal dia tukar panggilan panggil gomok dengan panggilan ikan paus.mao aku tak kejar dia pasnie dengan selipar jamban.





to kedean:sorry la x pandai nak jiwang.lagipun dah kamu dapat awek jenis sengal labu - labu macam nie kan sebab tu kamu pun sengal labi - labi jugak.btw,lagu nie je mampu nak bagitau macam mane isi hati :P.

19 Dec 2011

D is for Delicious December


secret recipe




seoul garden





sesi tonyoh menonyoh kek sampai ke muka.btw happy birthday to uyah and kak jaja!sorilah siang hari tu saja wat korang risau sebab nak bagi surprise kat korang malam tu.hehe.



second time,tutti frutti after class company law II,today.



conclusion : bulan 12 bulan menternak lemak.

11 Dec 2011

kurt cobain


hari ini aku banyak menghabiskan masa dengan menonton dokumentari - dokumentari berkenaan kurt cobain.kau mampu nak menonton dokumentari sebegitu banyak dalam satu hari ??gigih tau.haha.memang tak mengantuk sebab aku minat jugak la dengan grunge,punk rock nie.tapi taklah sampai terikut - ikut nak koyak seluar bagai.silap - silap kena kejar dengan penyapu mak aku.tapi ayah aku tau minat aku, sebab time aku dengar lagu smells like teen spirit , tak sedar ayah aku ada masa tu,siap ayah aku mencelah lagi suruh aku dengar lagu metalicca pulak.haha.itu dulu,time zaman budak mentah.now,sekadar dengar dan tak terikut,dengar pun just nak mengingati kenangan zaman melompat - lompat,time aku tak matured.hehe.


kurt cobain dengan anaknya,frances bean cobain

ok,apa yang aku temui daripada aku mengoogle sambil tengok dokumentari dia, kurt cobain ditemui mati di green house yang berdekatan dengan kediamannya di seattle pada 5 april 1994.kematiannya dilaporkan oleh media massa sebagai ‘bunuh diri’ (suicide).kurt membunuh diri dengan menembak kepalanya tapi kepala kurt tak pecah sebab dia guna shotgun untuk menembak itik atau ayam sebab kalau sesiapa yang kena tembak dengan shotgun tu badan atau kepala tak akan pecah.tapi sebelum dia mati dia ambik dadah jugak. namun, setahun selepas kematiannya itu, timbul pelbagai khabar angin tentang kematian kurt. ada yang kata kematiannya dia bukan sebab dia bunuh diri tetapi dibunuh oleh orang lain.


ini pulak letter yang dijumpai sebelum kurt cobain bunuh diri.to BODDAH merupakan nama teman imaginasi kurt cobain semasa kecil.


biasalah barat,diorang sangat taksub dengan idola.macam - macam cerita aku dapat berkenaan kurt cobain.tapi apa - apapun emmet butterfingers suara macam dia.padu!





heart shaped box