31 Jan 2011

cuaca di melaka and egypt

sepanjang minggu nie cuaca di melaka sangat - sangatlah sejuk,
nak mandi fikir lah 2,3 kali,
air bagaikan ketulan - ketulan ais tau x!
sejuk sangat - sangat!!

matahari x muncul - muncul,
pukul 10 pagi bagaikan pukul 7 pagi,
dah xtau dah pukul berapa kalo tengok keadaan cuaca yang sebegini.

aku dok dalam bilik yang dahulunya panas sangat - sangat tiba - tiba bertukar sejuk sangat - sangat dowh,
x payah buka kipas,so jimat elektrik di situ,buka kipas volume satu bagaikan buka volume lebih pada 3.switch off your fan!
malam - malam tidur pakai stokin,selama nie,x pernah aku tidur pakai stokin,sweater tebal,baju lebih dari 3 helai,dan selimut.kalau boleh nak selimut dalam 3 helai lagi.
sejuk weh..susah nak cerita!!

hujan 24 jam,angin kuat dan kencang sangat - sangat,
peh,aku dah x ase dok melaka sekarang nie..aku ase macam dok oversea dah.
kalau keluar pergi ke mana sahaja wajiblah pakai sweater.bukan aku seorang tapi dah ramai pakai sweater.
tiap - tiap petang time pergi makan aku mesti tengok bukit beruang kat belakang rumah aku ,ade kabus - kabus gituh,walaupun masa tu pukul 6 petang.cuaca pulak mendung monyok je.

kalau bole stiap kali aku nak keluar aku nak pakai glove and kasut boot je,
tapi nampak sangat ngada - ngada plus gedik!
so wat lah rileks,walhal setiap anggota badan aku dah sejuk menggila dah!
nak keluar pun malas sangat - sangat,tapi perut cakap lapar, aku pun pergi je lah makan dalam keadaan sejuk.kang sakit perut diri sendiri padan muka!
setakat nie aku x pergi library g..sebab kalau masuk library mesti sejuk berganda- ganda,kang satu input x dapat pape lagilah kacau bilau.

mujur sekarang nie kalau bercakap x keluar asap je..kalau kuar tu confirm dah sejuk sangat dah tuh!

so sekarang demam aku pulak,alhamdulillah beransur pulih.
berkat doa dari family aku dan kawan - kawan aku semua.
thanks korang!
x lupa juga thanks kepada kawan mak aku,
"berubat secara jauh"..heee..meremang bulu tengkuk, bulu segala bulu - bulu time tuh!so now alhamdulillah aku dah ok and kaki pun x menggeletar macam aritu.

sebelum itu,sama - samalah kita doakan semoga pelajar - pelajar Malaysia yang berada di Egypt dalam keadaan selamat..government!please take note!!
* teringat member - member aku di sana..hope korang semua selamat.





buku kata mari!aku kata omaiiggaaaaddd!!

29 Jan 2011

musim belajar,musim tidur

selama seminggu aku demam panas,batuk dan selesema,
selama seminggu juga aku bertahan lawan sakit aku,
selama seminggu juga aku degil dengan diri aku,aku cuba pergi ke library untuk study,
tapi hampeh x dapat input pape dalam otak nie.dah nama demam tapi degil.. tapi aku takut exam!exam memang nak makan otak aku je!

yeah,aku masih ada 10 hari untuk berjuang..


10 hari!10 hari!10 hari!

tau x lagi 10 hari lagi!!


hari rabu tu aku pergi klinik,tapi demam aku still lagi panas,hari ini pergi klinik lain,
doktor cakap kalau 3 hari selepas ini x hilang lagi demam aku,dia suruh datang jumpa balik,check darah.doktor cakap takut aku disyaki demam denggi.doktor suruh aku tidur secukupnya.mulai dari sekarang doktor suruh beli air 100 plus dan minum air suam banyak - banyak.


"doktor!umah saya xde nyamuk,xde air bertakung,xde pasu - pasu bunga oh!"selamat je housemate saya yang lain!"


ya Allah sembuhkanlah demam aku ini.aku xnak tertekan sebab kesihatan aku ini.ya Allah bagilah aku sempat study untuk final exam ini.aku terima dugaan ini.tabahkanlah hati aku ini ya Allah.


oh ya exam slip dah kuar!walaupun aku ambik 4 subject untuk sem nie tapi lecturer - lecturer nyer semua kedekut taik idung masin bab marking!argh!!
dah,aku nak tidur!xnak fikir pape.doakan aku cepat - cepat sembuh ye kawan - kawan!

25 Jan 2011

merah mak ngah


aktiviti tika study week.semalam sengaja pakai jersey man utd konon leh bagi semangat tuk belajar, last - last banyak lepak kat tepi library je.hehe.lepak luuu.ada 2 minggu lagi..leh touch up g beb!haha.silalah study awal - awal wahai kawan - kawanku dan juga diriku.ingat, law bukan senang.sape cakap law senang ha?meh aku lastik!