10 Sept 2011

2nd raya,open house-part 2


2nd raya,family aku wat open house.ok,memang tersangatlah busy dari pukul 10 pagi until 11 malam.ramai sanak saudara,kawan - kawan ayah,kawan - kawan mak and anak murid ayah yang dah 23 tahun x ketemu,ketemu raya tahun nie ngn bawa anak - anak and wife..member - member aku ramai yang still ade kat kampung masing - masing so x dapat nak ketemu ngan diorang kali nie.just 2,3 orang je lah yang aku sempat jumpa before balik melaka.yang lain ade kat kampung beraya ngan family diorang.huhu.

menu : tomyam- mee, bihun, kueh teow
nasi himpit
ketupat palas
kuih raya


pic-sebahagian yang datang.actually ramai yang datang tapi x sempat nak snap pic sebab busy and ini je yang mampu T_T

dari pagi until malam,aku ngn mak aku memang busy.bayangkan lah tomyam kitorang wat periuk besar abes dalam pukul 2 petang.x pasal - pasal kena wat lagi sekali and then pukul 5 petang tengok dah nak dekat abes tomyam,wat lagi tomyam.so total,3 kali aku ngan mak aku masak tomyam.periuk bukan lah periuk kecik yang takat 4 orang makan tu,kitorang masaki wat periuk besar yang macam alah kenduri kawin tu ..so imagine r 3 kali kitorang kena masak tau..x termasuk pinggan mangkuk yang aku kena basuh,memang belambak and tersusun berderet macam kenduri kawin daaa.walaupun letih tapi sangat seronok tambah - tambah tengok masing2 menyedok kuah tomyam berkali - kali.pasnie mak aku leh buka kedai makan la. senang sikit,customer dah ade dah.haha.

pukul 12 tengah malam,pas basuh pinggan mangkuk terus aku masuk bilik ,tido x sedar diri akibat letih layan tetamu.haha.

pre raya & first raya -part 1

bulan ramadhan and bulan syawal tahun nie adalah paling best dalam hidup aku.after balik kampung,aku banyak menghabiskan masa di dapur.haha.makin aku berumur,makin aku faham kenapa dapur itu penting.hoho.so raya kali nie banyak jugalah aku belajar daripada my mum.thanks mum! so kali nie,aku nak upload pic raya,lantak aku lah.dah nie blog aku.kau hadoo??


first pic makanan wajib-ketupat palas.ini memang favorite aku,siap aku suruh mak aku bekalkan ketupat palas lagi before aku balik melaka. 2nd pic-malam raya.ini aktiviti wajib juga,solat maghrib berjemaah and after that kitorang satu family akan wat bacaan yaasin and tahlil,pastu solat isyak berjemaah and akhir sekali takbir raya.aktiviti nie sejak dari kecik lagi arwah tokwan aku wat.mmg jadi aktiviti wajib.

yes!dapat duit raya lagi!



pagi raya.sebelum pegi solat sunat hari raya wajiblah bergambar dulu then baru lah g solat sunat hari raya di kampung mak at penang.time nie aku snap pic my mum yang dok belek handphone baca sms raya dari kawan - kawan dia.haha.


after solat sunat hari raya, terus pergi kubur baca yasin.pastu kitorang ramai - ramai g rumah tok sedara yang berdekatan.pic atas memang nampak kitorang kelaparan.memang kelaparan sangat lah,dah pagi - pagi x sarapan.(perang makan ketupat).

selepas tu,balik kampung ayah at kedah.beraya ke rumah sanak saudara yang berdekatan dengan umah tok ayah.

last but not least,



mum : awat amy x senyum mak tangkap pic nie?

aku : aah la,awat amy?

amy : kakak ngn abang ngah marah amy sebab tudung amy herot sebab tu amy majok,xmao senyum.

aku : hahaha.

zuhair : lantak hang lah.janji kerepek nie sedap!

mum : ^________^



7 Sept 2011

otw balik MMU

hey ho,lamanye aku x update.btw,selamat hari raya,maaf zahir batin to all my friends.now,aku dlm bus,pjlanan balik ke melaka.mood skrg mmg x brp best sbb still trgt my family,friends,ketupat palas n kuih raya.oh ye kali nie aku ambik bus intercity.so far mmg best sbb ade plug nak charge fon or on lptop n pling penting ade wifi.so aku xdela bosan sangat.
pasni aku akan update pic raya aku yeah.tahun nie raya yg pling seronok sbb raya tahun nie kitrg beraya di kpg cuma hari raya ptama n kedua je.raya ketiga kitrg g holiday with my big's family kira tmsuk dgn nenek aku sekali la.mmg best.nnti aku update yeah.see yeah!

*doakan aku selamat smpai di melaka jpg.now di perak hujan lebat.